Menjadi selebriti bukanlah satu perkara yang mudah, apatah lagi selain bakat yang ada, gaya dan penampilan merupakan aset penting yang turut menjadi perhatian peminat.
Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pula selebriti lelaki mengambil peluang untuk menjaga rambut yang dulu lebih dikatakan sebagai mahkota seorang wanita.
Bukan hanya setakat ke salon rambut, beberapa selebriti tanah air mengambil peluang untuk menambah rambut dan ada juga yang membuat rawatan khusus rambut.
Selain Zoey Rahman, Riz Amin dan PU Riz, ada beberapa orang lagi selebriti yang turut menanam rambut seperti Syafie Naswip dan Along Cham.
Terbaru, pelakon Sharnaaz Ahmad juga turut menanam rambut dan perkara tersebut dikongsinya di Instagram.
“Masa buat memang tak sak1t geng, sumpah tak sak1t, cuma sak1t masa b1us. Nasib baik aku dapat Dr yang sangat rilek dan cool.
“Tak semua kena tanam, boleh ja makan vbat,” tulis Sharnaaz di Instagramnya.
Seorang lagi selebriti iaitu penyanyi Akim Ahmad turut melakukan rawatan rambut tetapi bukanlah menanam rambut.
Ketika dihubungi Gempak, Akim memberitahu dia menjalankan rawatan Platlet Rich Plasma (PRP) untuk mengaktifkan kembali akar rambut supaya lebih kuat dan subur.
“Mereka ambil d4rah saya dan daripada d4rah tersebut mereka mengasingkan plasma. Plasma tersebut yang di cvcuk di bahagian kepala.
“Cara ini selalu digunakan oleh atlet-atlet yang mengalami keceder4an untuk mempercepatkan kesembuhan masalah keceder4an yang dialami,” terang Akim.
Selain daripada proses mencvcuk plasma pada kepala, Akim juga berkata dia perlu menggunakan vbat sapu dan mengambil p1l untuk menyuburkan kembali rambutnya.
“Bila berambut panjang ni, memang senang nak gugur. Insya-Allah dalam tempoh 3-4 minggu nanti akan nampak perubahannya,” kata Akim mengakhiri bicara kerana sedang sibuk menyiapkan single untuk artis di bawah naungan syarikatnya, Rhythm & Rhyme Entertainment.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply