Satu persatu Instagram selebriti tanah air cuba dig0dam terutamanya untuk memer4s ugvt mendapatkan wang. Kes terbaru terjadi kepada Instagram penghibur serba boleh, Adibah Noor.
Menurut Adibah Noor menerusi tiga buah video yang dikongsikan di Twitter miliknya, perkara tersebut berlaku akibat terlupa dan pan1k.
“Untuk orang yang tidak percaya kepada permintaan kod pengesahan pa1su seperti saya, Instagram saya telah dig0dam. Tapi semalam saya tewas sebab terlupa dan pan1k.
“Cara dia buat ialah dia akan menghubungi kita melalui Direct Message (DM) dalam instagram. Lepas tu dia konon-konon cakap kita dah 1anggar undang-undang hak cipta (copyright), dan dia akan suruh kita isi satu borang,” kata Adibah.
Tambah Adibah, ketika mengisi borang tersebut dia diminta menukar kata laluan untuk email, Facebook dan Instagram. Apabila menukar kata laluan untuk media sosial, pihak Google akan menghantar kod pengesahan pertukaran tersebut.
“Kesilapan saya adalah apabila didesak di DM konon-konon oleh pasukan bantuan sokongan Instagram (Instagram Support Help team) tu, saya tak berfikir panjang, dia minta kod pengesahan daripada Google.
“Bila kita tak jawap dia akan des4k, mana dia? Konon-kononnya dia nak betulkan keadaan. Saya tewas di situ kerana tak berfikir panjang, saya terus bagi kod pengesahan daripada Google,” jelas Adibah lagi.
Menurut Adibah, kesalahannya kerana cepat percaya bahawa mesej tersebut daripada pasukan bantuan sokongan Instagram dan berkongsi kod pengesahan tersebut.
“Kita pun pan1k sebab dia kata nanti kalau kita tak buat pengesahan tu semua, akaun kita akan hilang. Sejurus selepas saya bagi kod pengesahan Google tu, email telah ditukar.
“Selepas tu saya dapat email mengatakan email kepada akaun Instagram sudah bertukar kepada akaun lain, dan bila saya cuba untuk dapatkan balik, semua dah hilang,” kata Adibah.
Namun begitu menurut Adibah, alamat email pengg0dam tersebut tertera di dalam emailnya dan dia menghubungi penggodam tersebut.
“Saya hubungi email pengg0dam tersebut dan mengatakan semoga awak berbahagia melakukan 0nar kepada manusia lain, insan-insan lain yang mungkin bergantung kepada memori manis yang kita kongsikan di Instagram.
“Dia tanya balik saya, dia balas dan dia kata ‘Adakah anda mahu akaun anda kembali? (Do you want your account back?) Dan saya jawap ‘mesti awak minta bayaran’.
“Lepas tu dia jawap balik 250 Euro bagi sekarang. Saya cakap kat dia tak payah. Saya doakan semoga Allah balas perbuatan mereka membuat pen1puan kepada orang lain. Itulah kesudahannya, maka bermula hari ini akaun Instagram saya dah bertukar kepada Adibah Noor Mohd Omar,” kata Adibah.
Adibah berharap orang lain tidak akan terpedaya seperti dirinya. Walaupun sudah berwasp4da dan berhati-hati, ada ketika kita terlupa dan kita pan1k. Pada masa yang sama, Adibah mengucapkan terima kasih kepada semua yang menitipkan mesej-mesej kasih sayang kepada dirinya.
“Selalunya bila berita sebegini keluar di portal-portal media, di ruangan komen akan ada yang tinggalkan komen ‘kenapa benda ni jadi bahan berita? Penting sangat ke orang dalam berita ini?
“Kepada anda yang rasa tak penting tak mengapa. Tapi sebenarnya ramai di antara anda yang mengetahui tentang hal ini akan berwaspada dan menjadikannya pengajaran,” kata Adibah.
Buat kesekian kalinya, Adibah berharap tidak ada orang lain yang akan terpedaya dengan pengg0dam-pengg0dam laman sosial ini.
“Saya percaya kalau akaun kita kena g0dam atau orang lain yang cuba masuk, mereka akan hantar email. Jadi jangan percaya pada Direct message atau Private Message yang meminta pengesahan daripada kita,” katanya menutup bicara.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply