“Situasi Itu Sangat Menyed1hkan …” Betty Banafe Bantu Wanita Tua Tak Sengaja Pec4hkan Pinggan Mangkuk

Pelakon Betty Banafe, 41, berkongsi kejadian melihat seorang wanita tua yang tidak sengaja ter1anggar dan memecahkan beberapa pinggan mangkuk di pusat membeli-belah.

Menurut Betty, dia berasa sed1h melihat situasi wanita tersebut kerana ramai yang sekadar memandang tanpa membantu.

“Hari ini semasa saya berjalan di pusat membeli-belah, tiba-tiba saya terdengar bunyi barang pec4h.

“Saya jalan ke satu lorong dan ternampak beberapa orang sedang memerhati seorang wanita tua yang ter1anggar rak pinggan mangkuk dengan trolinya. Banyak yang jatuh ke lantai dan pecah.

“Wanita itu yang kelihatan ma1u terus me1utut dan kutip serpihan yang hancur… sementara suaminya koyakkan kod bar dan cakap yang mereka perlu bayar semuanya.

“Situasi itu sangat menyed1hkan. Wanita itu tak sengaja buat silap dan semua mata memandang dia,” tulisnya di Instagram (IG).

Tambah pemilik nama Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe ini, dia nekad untuk menghulurkan pertolongan namun di1arang oleh salah seorang kakitangan.

Individu tersebut meminta maklumat wanita itu supaya boleh mendapatkan rawatan keceder4an di tangannya.

“Bila saya melutut di sebelahnya untuk tolong dia, seorang lelaki datang kepada kami dan menyuruh kami untuk tinggalkan serpihan yang pecah itu.

“Dia kata pihaknya akan bersihkan dan meminta maklumat wanita itu supaya dia boleh ke hospital dan dapatkan rawatan untuk 1uka di tangannya.

“Kepada anda yang sedang baca posting ini, saya mahu anda pejamkan mata dan bayangkan jika Allah sedang lakukan perkara sama kepada anda.

“Mengutip serpihan hati anda yang telah hancur daripada semua kesalahan dan t4mparan yang dilemp4rkan kepada anda sepanjang hidup ini.

“Allah akan sembuhkan hati anda dan semua d0sa dan salah yang anda pernah lakukan akan diampunkan,” tulisnya lagi.

 

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*