Penyanyi dan komposer Ippo Hafiz dan Fara telah mendirikan rumah tangga mereka pada Ogos 2019 di Ampang, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Ippo pernah mengambil anak angkat Cinta Rizky Amanda, 4, yang dijaga sejak lahir.
Terbaharu, isteri Ippo bakal bersalin pada akhir Julai atau awal Ogos nanti. Walaupun bayi masih dalam kandungan, Ippo sudah punyai pilihan nama anak.
Kata Ippo, bayi yang bakal dilahirkan akan dinamakan Yusuf Zarin.
“Nama Yusuf sempena nama nabi manakala Zarin bermaksud keemasan.
“Kedua-duanya membawa maksud yang baik dan saya harap apabila orang tengok nanti bersinar-sinar seperti emas,” katanya kepada Gempak.
Tambah Ippo nama itu dipilihnya sendiri dan dipersetujui oleh isterinya, Fara Roslan.
Teruja menantikan kehadiran cahaya mata pertama mereka, Ippo bagaimanapun tidak meletakkan target untuk menimang anak ramai.
“Kami berdua sudah masuk usia 30-an dan alhamdulillah dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata pertama.
“Ada risau juga mula-mula selepas kahwin kerana empat bulan baru isteri sah hamil.
“Bukan apa risau sebab dia dulu aktif bersukan tapi sekarang akan ada sepasang, kami sangat bersyukur,” tambahnya.
Sumber: Gempak, Ig @ippohafiz
Leave a Reply Cancel reply