Bekas Kekasih Beri Sokongan Terhadap Laudya Cynthia Bella

Terdahulu, pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran telah mendirikan rumah tangga pada 8 September 2017.

Sepanjang perkongsian hidup, mereka tidak mempunyai cahaya mata bersama.

Baru-baru ini, Laudya telah mengesahkan pencer4iannya dengan Engku Emran.


Perkara itu menamatkan pelbagai spekvlasi yang dibuat mengenai pergo1akan rumah tangga mereka, dan pada masa yang sama, mengejutkan pelbagai pihak.

Memetik laporan Liputan6, berita mengenai perpisahan Laudya itu telah sampai ke pengetahuan bekas kekasihnya, pengacara Raffi Ahmad.

Walaubagaimanapun, Raffi hanya mampu mendoakan yang terbaik dan berharap agar Laudya telah membuat keputusan yang betul dalam kehidupannya.


“Selepas membaca artikel mengenai pencera1an Laudya, saya hanya mampu berdoa agar keputusan itu adalah yang terbaik untuk dirinya.

“Saya juga mendoakan agar Allah sentiasa melindungi Laudya dan semoga dia memperoleh ketabahan untuk menjalani kehidupan selepas ini, kalau dia perlukan apa-apa, dia boleh hubungi saya,” ujar Raffi.

Menerusi laporan Gempak pada 1 Julai lalu, Laudya telah mengesahkan rumah tangganya bersama Emran telah menemui titik noktah.

Menurut Laudya, mereka berdua berpisah secara baik dan perkahwinan tersebut banyak memberi hikmah kepada dirinya.

 

Sumber : Liputan6 via Gempak, Ig @laudyacynthiabella

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*