Pelakon Sarah Hildebrand meluahkan rasa rindu untuk bertemu dengan bapanya yang kini berada jauh di Amerika Syarikat.
Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 30, berkata, dia berharap agar hasratnya untuk pulang berjumpa ayahnya dalam masa terdekat termakbul.
“Aku sepatutnya memeluk lebih erat dan lebih lama lagi ketika kali terakhir aku bertemu ayah. Ya Allah, tolong benarkan aku bertemu ayah sekali lagi, dalam masa terdekat.
“Ya Allah, murahkan rezekiku untuk ke Amerika agar aku boleh bersamanya dan menghabiskan masa bersamanya sekali lagi.
“Saya amat merinduinya, tolong berikan dia kesihatan dan jauhkan dirinya daripada segala keburukan,” coretnya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam posting tersebut, Sarah turut memuat naik gambar kenangan yang dirakam bersama bapanya.
Menurut Sarah lagi, dia juga berharap pandemik Covid-19 ini segera berakhir agar urusan perjalanannya untuk bertemu bapa selepas ini dipermudahkan.
“Ya Allah, murahkan rezeki kerja, agar aku mampu hidup selesa tanpa hutang dan belanja pulang ke rumah bertemu ayah.
“Tolong pulihkan dunia daripada wab4k penyak1t dan mudahkan urusan untuk merentas ke luar negara agar saya dapat pergi berjumpa ayah dalam masa terdekat,” luahnya.
Rata-rata netizen turut mendoakan agar impiannya untuk pulang bertemu bapanya yang menetap di Amerika Syarikat tertunai.
Sehingga kini, kerajaan masih belum membenarkan sebarang pergerakan merentas sempadan negara demi memastikan keselamatan rakyat ekoran pandemik Covid-19.
Sarah merupakan pelakon kelahiran kacukan Amerika-Melayu.
Bagaimanapun, ibu bapanya dikatakan berpisah sejak usianya 8 tahun.
Terdahulu, Sarah mendirikan rumah tangga dengam lelaki kacukan Filipina-Amerika pada 3 November 2019.
Hubungan percintaan mereka dikatakan mula terjalin selepas Sarah pulang melawat bapanya yang kurang sihat pada awal tahun lepas di Arkansas, Amerika Syarikat.
Sumber: Gempak, Ig @sarahhildebrand
Leave a Reply Cancel reply