Setiap anak mesti menyimpan hasrat untuk membalas jasa dan membahagiakan ibu bapa walau apa cara selagi mereka masih berny4wa.
Kecil atau besar ganjaran itu bukan ukuran. Yang penting datang ikhlas dari hati dan dilengkapi dengan usaha.
Buat pasangan suami isteri ini, Amzar dan Fairuzziela, 26, memilih untuk menghadiahkan sebuah kereta Axia berwarna hijau untuk kedua orang tua yang tinggal di Taman Padang Nyu, Perlis.
Menurut Fairuzziela, dia nekad untuk membeli selepas mendengar kisah ayahnya, Haji Abdullah, 61, yang terpaksa menaiki motosikal pergi ke klinik walaupun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.
“Saya dan suami rancang dah lama, sejak saya tersentap dengan ayah. Masa tu dia bagitahu saya bulan Ramadan lalu dia pergi ke klinik untuk ambil vbat dengan menaiki motosikal.
“Kan tengah puasa, dengan cuaca panas pulak. Ayah saya ni mengalami penyak1t kenc1ng manis yang terok juga. Kaki dia dah dijangk1ti, saraf selalu sak1t.
“Bila dengar macam tu saya terkedu diam. Balik rumah terus saya berbincang dengan suami. Macam mana pun tetap nak beli kereta untuk ibu dan ayah.
“Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan jual beli kereta,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Alhamdulillah harini, tercapai hajat kami suami isteri nak belikan kereta utk mak ayah.
Walaupun kecik comey, janji mak ayah ada jugak kereta, tak kena hujan panas.Terima kasih mak ayah
pic.twitter.com/qKNoFaAsKL — ℜ𝔬𝔰𝔢
(@feyrose_) July 3, 2020
Tambah Fairuzziela, pada hari kejadian itu dia dan suami hanya beritahu ibu ayah untuk keluar makan di Kuala Perlis.
“Ibu dengan ayah memang tak sangka sebab saya hanya bagitahu untuk keluar makan di Kuala Perlis. Masa tu pulak ayah dem4m, itu yang terasa sangat sampai menangis.
“Pagi Sabtu semalam ayah dah guna kereta tu pergi masjid. Dah lega dem4m dia. Saya pun tumpang gembira,” katanya lagi.
Tambah Fairuzziela, walaupun kerjayanya sebagai guru KEMAS manakala suami membuka kedai menjual Gadjet di Jitra, itu tidak menjadi penghalang untuk mereka berbakti kepada orang tua.
“Usaha, doa dan tawakal kepada Allah. Hari-hari niat nak gembirakan ibu bapa. Insya-Allah mesti dibantu,” katanya menutup perbualan.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply