“Lima Tahun ‘Love Me Sevendays Cafe’ Beroperasi, Kini Ditutup” – Elfira Loy

Selepas lima tahun beroperasipelakon Elfira Loy terpaksa membuat keputusan untuk menutup kafe miliknya iaitu Love Me Sevendays.

Menurut Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 26, penutupan itu dibuat bukan disebabkan pendamik c0v1d-19, sebaliknya dia sukar memberi komitmen terhadap operasi harian kafe tersebut.

“Saya mahu mengimbau semula pada hari pertama saya mendapat kunci kedai hingga hari terakhir @lovemesevendayscafe. Saya simpan berita ini agak lama sebab saya sendiri tak pasti nak teruskan atau tidak.

Elfira memuat naik foto kenangan di kafe miliknya.

“Bukan disebabkan pandemik ke apa tapi sebab utama saya tidak boleh lakukan 10 kerja dalam satu masa dan lepaskan tanggungjawab kepada orang lain. Jadi, ini adalah keputusan terbaik.

“Hari ini (Khamis), kami sudah kemaskan semuanya, buang semua barang, kemas-kemas ada yang jual juga. sed1h tapi saya rasa ini adalah yang terbaik,” kata Elfira.

Elfira berkongsi berita sed1h itu dengan memuat naik beberapa foto kenangan kafe tersebut di laman Instagram miliknya.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada netizen yang turut kecewa dengan berita itu.

Dalam pada itu, Elfira turut mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang pernah datang ke kafe tersebut dan sentiasa menyokongnya.

Malah, Elfira juga memohon maaf jika pihaknya ada menggores hati pelanggan dan turut berharap agar diberikan rezeki untuk membuka semula kafe tersebut.

“El nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang pernah datang ke kafe El, sokong El dan sentiasa bagi kata semangat kepada El.

“El juga ingin memohon maaf jika sepanjang anda berada di sini kami ada menggores hati anda. Saya harap ini bukanlah pengakhiran. Jika ada rezeki, nak buka lagi.” ujarnya.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*