P0lis Evo 3 Dan Abang Long Fadil 3, Bakal Ditayangkan

KUALA LUMPUR: Pemilik Skop Production, Datuk Yusof Haslam mengesahkan dua filem besar hasil usaha sama dengan Astro Shaw iaitu p0lis Evo 3 dan Abang Long Fadil 3, ditayangkan tahun depan.

Yusof berkata, selepas menimbang pelbagai faktor, biarpun pawagam sudah dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) mulai Rabu lalu, pihaknya enggan mengambil risik0.

“Pandemik c0v1d-19 belum pulih sepenuhnya baik di Malaysia mahupun di luar negara. Malah, angka j4ngk1tan masih dilaporkan saban hari.

“Ini mempengaruhi psikologi orang ramai dan mereka pasti mengambil pendekatan berhati-hati. Pada masa sama, keadaan ekonomi dengan ramai tenaga kerja diberhentikan, semuanya mempengaruhi jualan tiket.

“Lagipun, dengan syarat penjarakan, kita kehilangan antara 60 hingga 70 peratus penonton di pawagam,” katanya kepada BH Online.

Yusof berkata, filem Abang Long Fadil 3 dibintangi Zizan Razak dan Maya Karin sepatutnya menemui penonton pada 24 Julai

Yusof berkata, bagi mengelak rugi, Skop Production menunda tayangan p0lis Evo 3 dan Abang Long Fadil 3, kepada tahun depan.

“Dua filem ini bukan murah. Kami memperuntukkan lebih RM10 juta untuk dua judul ini.

“Jika filem ini tidak membabitkan kos besar, kami tiada masalah untuk menayangkannya, tahun ini. Jadi, kami mahu menunggu waktu terbaik,” katanya.

Penggambaran Abang Long Fadil 3 Mula Tahun Depan

KEJAYAAN filem Abang Long Fadil 2 (AFL2) yang mengutip RM18.1 juta sejak ditayangkan Ogos lalu berjaya memecah rekod penjualan tiket tertinggi yang dipegang oleh Polis Evo.

Dek kerana kejayaannya itu, pengasas Skop Production Sdn. Bhd., Datuk Yusof Haslam tidak menolak kemungkinan untuk menghasilkan sekuel filem arahan anaknya itu.

Namun, baru-baru ini Yusof telah mengesahkan akan meneruskan sekuel filem itu dan pasti ini khabar gembira buat peminat-peminat yang tertunggu-tunggu aksi yang bakal dipersembahkan.

Ini kerana filem itu mendapat sambutan ramai, malah telah ditayangkan di lebih 100 pawagam seluruh Malaysia. Khabarnya, Zizan Razak juga akan dikekalkan untuk menerajui filem AFL3 itu nanti.

ALF3 dijangkakan membabitkan kos sebanyak RM4 juta itu adalah hadiah kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap industri filem melayu tanah air.

“Penggambaran dijangka selepas Aidilfitri tahun depan iaitu selepas tayangan filem ketujuh arahan Syafiq iaitu KL Special Force yang akan ditayangkan pada Mac depan,” katanya.

Menurut Yusof lagi, pengambaran tersebut akan dibarisi pelakon ternama yang lain serta tempoh yang panjang diambil untuk memastikan filem AFL3 sebaris dengan filem Hollywood.

ALF3 akan membabitkan kos lebih tinggi berbanding sebelumnya kerana filem itu juga bakal menampilkan lebih ramai bintang dan nama besar dalam industri.

“Filem itu nanti bakal mengambil masa penggambaran yang panjang bagi menghasilkan filem aksi yang lebih berkualiti setaraf dengan filem Hollywood.

“Dengan mengekalkan pelakon utama selain barisan pelakon baru dan lama serta kecanggihan teknologi yang diserapkan dalam filem itu, saya yakin ia mampu mencatat kutipan lebih daripada apa diperolehi menerusi ALF2,” tambahnya.

Dalam pada itu, Yusof menyatakan yang isu rakaman secara har4m yang dialami ALF2 tidak memberi kesan yang besar walaupun dia kesal dengan tindakan segelintir individu yang melakukan perkara tersebut.

 

 

Sumber : BH via Soya Lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*