“Kita Akan Hantar…” -Menteri Kanan Keselamatan Keluarkan Am4ran Buat Individu Baru Balik Overseas Enggan Jalani Ujian Saringan Kedua Covid-19

KUALA LUMPUR 26 APRIL 2020. Petugas barisan hadapan KKM melakukan ujian saringan kepada penduduk Flat Blok Beringin kawasan Selayang Baru pada tinjauan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) COVID-19. NSTP/ASWADI ALIAS.

Seramai lebih 1,400 individu yang baru balik dari luar negara dan diarah menjalani kuarantin wajib di rumah tetapi enggan menjalani ujian saringan kedua Covid-19 bakal dijejaki polis.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, individu-individu tersebut dianggap me1anggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 342.

“Kalau tak lakukan saringan mereka telah 1anggar SOP dan tindakan boleh diambil di bawah Akta 342 yang ditetapkan.

“Ada 1400 yang deg1l. InsyaAllah kita akan hantar polis supaya mereka jalani ujian saringan kedua,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, Rabu petang.

Justeru beliau menasihatikan golongan terbabit supaya tampil secara sukarela untuk menjalani ujian saringan kedua atau sebaliknya.

“Sama ada tunggu polis datang atau pergi sendiri ke klinik buat saringan kali kedua.

“Atau mungkin mereka call Kementerian Kesihatan (KKM) cara bagaimana nak atur saringan kali kedua tersebut,” katanya.

Menurut beliau, individu yang dibenarkan menjalani perintah kuarantin wajib di rumah perlu mematuhi beberapa SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Walaupun kita benarkan kuarantin di rumah tapi ada SOP yang perlu mereka patuhi. Antaranya pakai wristband yang menunjukkan mereka telah diswap test dan keputusannya negatif dan membolehkan mereka balik.

“Kedua mereka tak boleh keluar rumah dan sebenarnya mereka juga tak boleh keluar bilik di dalam rumah sekali pun. Pada hari ke-13 pula mereka mesti menjalani ujian saringan kali kedua.

“Bila mereka jalani saringan kedua jika didapati negatif, kita akan potong wristband menunjukkan mereka bebas daripada geja1a Covid-19,” katanya.

Sumber: Mstar, Foto: Google

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*