Jangan Ambik Mudah, Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu Betapa Bahay4nya Microsleep

Baru-baru ini telah tvlar di media sosioal seorang remaja lelaki maut akibat Microsleep ketika membawa motosikal.

Apa itu Microsleep?

Pernah tak anda tidak perasan lampu isyarat bertukar menjadi hijau, atau tiba-tiba kenderaan anda memasuki lorong sebelah? Anda mungkin mengalami apa yang dipanggil oleh para saintis sebagai Microsleep.

Ramai yang tidak mengetahui tentang Microsleep dan mungkin mengambil mudah tentang perkara ini. Microsleep secara asasnya adalah kita tertidur atau terlelap dalam beberapa saat. Orang yang mengalaminya mungkin tidak sedar ianya berlaku.

Ada ketikanya Microsleep berlaku ketika kita sedang melakukan perkara yang penting seperti memandu, mengendalikan mesin dan lain-lain yang boleh membahay4kan ny4wa.

“Microsleep dalam bahasa mudah adalah bila kita terlelap beberapa saat tanpa disedari. Mungkin semasa menonton tv, memandu, chat kat telefon dan lain-lain lagi, tulis Dr Nimelesh di Twitter miliknya.

Bila Ianya Terjadi?

Microsleep kerap berlaku ketika badan kita telah ‘diprogramkan’ untuk tidur, seperti waktu awal pagi dan juga waktu tengahari.

Ianya akan menjadi bertambah teruk apabila kita ‘berhutang’ waktu tidur. Dalam perkatan lain, semakin sedikit waktu tidur seseorang, semakin tinggi peluang Microsleep untuk terjadi pada dirinya.

“Saintis tentang tidur menetapkan permulaan tidur anda adalah dalam 15 saat pertama dalam tempoh jangkamasa 30 saat.

“Bukan bermakna seperti cahaya terus dipadamkan, tetapi cahaya semakin berkurang dan berkurang hinggalah tiada lagi cahaya tersebut,” terang Dr W. Christopher Winter.

Penyebab Microsleep


Microsleep boleh belaku kepada sesiapa sahaja, tetapi mereka yang mempunyai risik0 tinggi untuk mengalaminya adalah yang menhadapi masalah kurang tidur atau mereka yang melakukan tugas tidak aktif dalam jangka masa yang lama seperti memandu atau kerja yang berulang-ulang.

Mereka yang mempunyai masalah tidur juga atau sleep disorders yang menyebabkan gangguan tidur seperti insomnia atau sleep apnea juga berisik0 tinggi.

Mereka yang mengalami sleep apnea mungkin mendapat masa tidur yang cukup, tetapi kualiti tidur yang teruk menyebabkan kekurangan tidur yang nyenyak.

Microsleep bukan sahaja disebabkan oleh kurang tidur malah mungkin merupakan simptom masalah kesihatan seperti obstructive sleep apnea.

“Pemandu dengan masalah ‘obstructive sleep apnea’ (OSA) adalah mempunyai 2 hingga 4 kali risik0 untuk mengalami kemalangan,” menurut kajian daripada American Sleep Apnea Society.

Tanda-Tanda Microsleep

Terdapat beberapa tanda am4ran bahawa anda mempunyai simptom Microsleep yang anda boleh cuba elakkan.

. Anda berasa sangat mengantuk

.Anda mendapat sukar untuk membuka mata
. Kelopak mata hampir tertutup, berasa diri anda hilang seketika atau anda sentiasa mengedip mata
. Anda menghadapi kesukaran untuk fokus terhadap perkara yang sedang anda lakukan
. Anda kerap menguap
. Fikiran anda bercelaru dan berubah kepada banyak perkara
. Anda berasa murvng atau mudah m4rah
. Jika anda sedang memandu, anda akan memasuki lorong lain atau menghadapi masalah berada di lorong anda. Anda juga mungkin terlepas jalan keluar.
. Kepala anda terangguk perlahan-lahan membuatkan kepala anda tersentak dan mengejutkan anda. Kepala tersentak selalunya yang menyedarkan ramai orang bahawa mereka mengalami Microsleep kerana otak tidak menganggap tidur seketika itu sebagai tidur.

Cara Mengatasi

Jika anda mula perasan dengan tanda-tanda yang dialami, cuba untuk berehat dan tidur seketika. Jika anda sedang memandu, cari tempat selamat untuk meletakkan kenderaan anda dan lelapkan mata.

Jika anda sedang memandu, cuba elakkan memandu di waktu tidur anda seperti tengah malam, petang atau awal pagi.

Pastikan juga anda mendapat tidur yang cukup untuk pemanduan yang jauh. Berhenti untuk power nap selama 20 minit. Anda juga mungkin boleh cuba untuk memandu dengan teman yang boleh memastikan anda tidak tertidur ketika memandu.

Elakkan daripada meminum minuman bercafein atau beralkoh0l sebelum tidur dan ketika anda betul-betul penat.

Kurangkan sebarang bunyi atau tutup terus bunyi dan lampu untuk anda betul-betul mendapat rehat yang cukup. Elakkan juga melakukan aktiviti-aktiviti seperti bersenam dan sebagainya sebelum tidur.

Perbetulkan kualiti tidur anda bukan sahaja dapat mengelakkan anda tertidur atau mengalami Microsleep, tetapi juga menjaga kesihatan anda secara keseluruhannya.

Tidur yang cukup dapat membantu meningkatkan tahap tenaga anda, mood anda, tahap konsentrasi dan pada masa yang sama mengurangkan masalah-masalah kesihatan.

Sekiranya anda kerap mengalami masalah Microsleep dan tidak hilang biarpun anda telah mencuba mengubah pelbagai perkara, sila dapatkan nasihat doktor untuk memastikan masalah sebenar yang anda hadapi.

 

Nota Rujukan: Healthline, Tuck, HuffPost, VeryWellHealth, Dr Nimelesh via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*