Seorang pelukis mural, Suhaimi Ali telah mengabadikan beberapa wajah kebanggaan negara menerusi lukisan mural yang dihasilkan di Taman Cahaya Alam seksyen U12, Shah Alam di belakang Restoran Isa Maju.
Lukisan itu sebagai tanda menghargai jasa dan keprihatinan wira negara dalam menghadapi pendemik ini.
Menerusi laman sosial Facebook, Suhaimi memuat naik foto-foto karya seninya untuk tatapan umum sehingga ia tu1ar.
“Pemimpin menjadi hebat bukan kerana kuasanya tetapi kerana kebolehan mereka memperkasakan orang lain.
“Terima kasih Agong dan barisan hero kita,” tulis anak Terengganu ini sebagai kapsyen.
Antara wajah-wajah kebangaan yang menjadi tumpuan mural ini adalah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tidak dilupakan wajah Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang menjadi kesayangan rakyat Malaysia turut disemadikan.
Suhaimi turut berkongsi foto-foto proses melakar dan melukis dengan menggunakan strok tona yang berbeza-beza namun kelihatan sangat kemas.
Malah di Twitter, lukisan ini turut mendapat perhatian Dr Noorhisham yang memuji hasil karya tersebut.
“Awesone, anda semua sangat berbakat dan luar biasa. Well done,” tulisnya menerusi satu kicauan.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply