Nama Anak Senafas je, Akhirnya Mia Ahmad Jelaskan Maksud Nama Puterinya, Iris

Umum tahu, rata-rata ibu bapa zaman sekarang lebih cenderung untuk memberikan nama anak dengan pilihan nama yang panjang sehingga tiga ke empat patah perkataan.

Ditambah pula dengan pilihan nama-nama moden yang kedengaran agak sukar untuk disebut.

Namun begitu, lain pula bagi pelakon Mia Ahmad yang hanya memilih nama Iris untuk puterinya.


Jelas Mia, dia sengaja memilih untuk menggunakan nama yang ringkas buat cahaya mata keduanya.

Tambah Mia lagi, dia dan suami bersepakat untuk memberikan nama  sejenis bunga buat sang puterinya itu.

“Makna nama anak saya Iris ialah bunga.

“Kami memilih nama anak perempuan kami Iris sebab kami nak nama yang pendek, ringkas, sweet dan senang nak ingat,” katanya kepada Gempak.

Sebagai info, bunga Iris merupakan satu jenis bunga daripada keluarga Iridaceae yang mempunyai lebih kurang 300 spesies.

Terdahulu, Mia mendedahkan nama anak perempuannya kepada umum selepas 10 hari kelahirannya pada 18 Jun lalu.

Mia mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017.

Pasangan itu kemudian dikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018.

Sumber: Gempak, Ig @mia.ahm4d

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*