Pelakon dan penyanyi Bella Astilah dan Aliff telah berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia empat tahun.
Namun begitu, rumah tangga mereka pernah dilanda bada1 dan sah bercer4i pada Mei 2019 tetapi telah rujuk kembali
Terbaharu, Bella akui bakal merindui tempoh kehamilan selepas melahirkan anak keduanya yang dijangka bersalin tidak lama lagi.
Menurut Bella yang hamil 37 minggu itu, ia merupakan momen yang sangat berharga buatnya.
“Selesai buat pemeriksaan kehamilan.
“Bila saya sudah bersalin nanti, saya pasti akan merindui tempoh kehamilan ini.
“Rasai sendiri tend4ngan bayi dan rasa kehangatan dia bermain di dalam perut ini rasa ia sangat berharga.
“37 minggu hamil dan bila-bila masa sahaja dari sekarang,” katanya.
Isteri kepada Aliff Aziz itu berkongsi rasa gembira itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama baby bump di hadapan hospital.
Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan proses kehamilan dan bersalinnya nanti dipermudahkan.
Leave a Reply Cancel reply