Pelakon Faezah Elai memohon maaf sekiranya terdapat pihak yang tergvris hati dengan sebarang pertuturannya yang disifatkan sebagai kas4r di media sosial.
Menurut Faezah, dia mengakui kemungkinan terdapat individu menyifatkan loghat Utara sering digunakan kedengaran sedikit kas4r bagi orang luar.
“Saya orang Penang, asal dari Penang. Jadi, memang cakap Utara. Tapi kalau bahasa Utara itu bunyinya kas4r sampaikan anda dakw4 macam ‘sya1tan’, maka, saya memohon maaf sekiranya saya menggvris hati sesiapa.
“Anda boleh berhenti daripada mengikuti saya, tiada masalah,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Faezah menjelaskan hal tersebut selepas terdapat pihak yang mempert1kaikan pemakaiannya yang berhijab seolah-olah tidak selari dengan pertuturan bahasanya yang k4sar.
Dalam posting tersebut, Faezah turut berkongsi paparan komen yang ditinggalkan sebahagian netizen yang menemp3lak dirinya.
“Pakaian ikut Sunnah, lidah ikut syaitan.
“Selain tutup dada, mulut juga jangan buka dengan menyakiti hati orang,” tulis sebahagian warganet.
Dalam pada itu, jelas Faezah lagi penghijrahannya untuk berhijab sebelum ini, bukanlah untuk memuaskan hati mana-mana pihak.
Sebaliknya, ia dilakukan sebagai usahanya memenuhi tuntutan agama sebagai seorang muslimah.
“Tudung apapun saya pilih nak pakai, bukan sebab nak puaskan hati sesiapa, tapi hanyalah sebab saya rasa selesa dan saya berusaha untuk menjadi seorang muslim yang lebih sempurna.
“Pakai tudung ni dah nak masuk dua tahun, tak pernah nak cuba jadi ikon muslimah pun.
Tak pernah cuba pun nak berdakwah dalam media sosial ni, sebab sendiri pun ke laut dalam,” katanya.
Sebelum ini, penampilan Faezah yang menggunakan tudung labuh mencvri perhatian ramai.
Ekoran imejnya itu, ramai yang cuba mengeluarkan produk jualan tudung mengikut rekaan tudung labuh yang dipakainya.
Perkongsiannya itu telah mencur1 perhatian pengikutnya. Rata-rata mereka bersetuju dengan luahan Faezah itu.
Sumber: Gempak, Ig @faezahelai
Leave a Reply Cancel reply