Pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Nazmi Faiz telah selamat menimang cahaya mata sulungnya pada 26 Jun lalu.
Nazmi berkongsi berita gembira tersebut serta melahirkan rasa syukur dengan kurniaan Allah menerusi entri yang dimuat naik dilaman instagram miliknya.
“Syukur Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Terima kasih sayang @nurullyasmin,” tulisnya.
Dalam pada itu, pemilik nama Muhamad Nazmi Faiz Mansor turut mendedahkan nama puteri sulung kepada umum.
“Assalamualaikum puteri sulungku Maria Miqayla. Terima kasih yang mendoakan kami,” tulisnya lagi.
Perkongsiannya itu telah mencur1 perhatian pengikutnya serta rakan JDT nya, rata-rata rakan JDT turut mengucapkan tahniah kepadanya.
Sumber: Gempak, Ig @nazmifaizmansor
Leave a Reply Cancel reply