Bakal Tutup Butik, Wak Doyok Buat Jualan Lelong

PERSONALITI fesyen dan pelakon Wak Doyok mengumumkan bakal menutup butik Starvilion miliknya di Seksyen 7, Shah Alam tidak lama lagi.

Biarpun berat hati dengan keputusan tersebut, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 40, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana berdepan situasi yang mencabar ketika ini.

Berikutan itu, Wak Doyok bakal mengadakan jualan lelong koleksi di butik Starvilion mulai esok, 24 Jun hingga 5 Julai depan.

“sed1h rasa di hati, tapi Wak kena kuatkan semangat demi 70 orang adik yang bekerja dengan Wak selama tiga tahun di Starvilion. Susah bila keadaan terus mendvga macam ni.

“Wak nak bagi perintah tutup syarikat pun sed1h, tak sampai hati. Tapi Wak minta mereka cuba sekali lagi, jualan yang terakhir dari Starvilion khas untuk pelanggan yang tak jemu-jemu sokong Starvilion selama ini.

“Koleksi yang kami ada semua memang elok dan cantik. Wak terpaksa lelong semua ni! Jadi Wak mintak semua tolong kongsi hantaran ini, terima kasih,” tulisnya pada satu hantaran di laman Instagramnya pada Isnin.

Menurut Wak Doyok lagi, Stavilion akan mengadakan jualan lelong semua koleksi dengan harga serendah RM1.

Malah dalam masa yang sama pelakon filem Abang Long Fadhil 2 itu juga turut memberi secara percuma 5,000 pasang Baju Melayu Wak Doyok di butik Starvilion dan di website www.starvilion.com.

“Kepada frontliners, jangan lupa datang bawa ID masing masing, ada special rate untuk anda semua dapatkan Baju Melayu secara percuma.

“Jualan terakhir Starvilion, Bismilah. Kita tutup dulu, nanti insya-ALLAH kita akan bangkit semula dengan direction yang baru. Insya-ALLAH. Doa-doa kan Wak dan team Starvilion,” katanya.


Sumber : Sinar via Soya Lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*