Pelakon jelita, Mira Filzah dan buah hatinya, Wan Emir Astar dilaporkan akan disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini. Difahamkan, hari bahagia pasangan itu, yang sehingga kini masih tidak memberi sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka, akan diadakan di ibu negara. – Astro AWANI
“Insya-Allah jika tiada aral melintang Mira dan Wan Emir akan berkahwin pada Oktober ini,” kata sumber kepada Astro AWANI
Pasangan berkenaan sebetulnya sudah lama mengenali antara satu sama lain
Bagaimanapun, apabila Wan Emir melanjutkan pengajian, hubungan mereka terhenti sehinggalah kembali bertemu dan berhubung semula.
Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman yang juga Bintang Paling Popular tahun lalu dan Wan Emir pernah belajar di sekolah yang sama. Wan Emir yang juga seorang arkitek difahamkan sudah menghantar rombongan untuk merisik pelakon wanita popular berusia 26 tahun itu.
Lelaki berusia 30 tahun itu pula merupakan anak sulung daripada empat beradik.
Ibu Wan Emir ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid yang baru saja dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) dalam Kabinet Malaysia 2020.
GAMBAR MIRA FILZAH TARIK PERHATIAN RAMAI :
Perkongsian Mira itu membuat ramai netizen tertanya-tanya adakah Mira sudah menikah.
Sumber : Instagram Mira Filzah
Leave a Reply Cancel reply