Dari Free Hair Kini Bertudung Litup, Sharul Kamal Kongsi Kisah Hijrah Ibunya

Penyanyi Sharul Kamal memberitahu berkat doa dia bersama adik-beradik dan bapanya akhirnya membuka hati ibunya untuk berhijab.

Jelas Sharul, ibunya akhirnya berhijab selepas doanya di tanah suci Makkah ketika menunaikan ibadah umrah awal tahun ini termakbul.

“Dulu ibu seorang yang free hair, tapi aku adik beradik dan ayah sentiasa berdoa dari dulu tak putus-putus untuk ibu tutup aurat dengan sempurna.

“Awal tahun aku dapat buat umrah dan aku tak putus2 doa benda yang sama dan aku minta tahun ni ibu istiqomah.

“Alhamdulillah cantik ibu aku,” kongsi Sharul menerusi akaun Twitternya.

Penghijrahan ibu Sharul mendapat pujian dan respon baik daripada peminat bintang Akademi Fantasia 2015 itu.

“Ibu dari dulu baik sangat layan peminat awak. Tak pernah somb0ng dan murah dengan senyuman.

“Amin semoga ibu kuat dan terus istiqamah,” puji @lilly_sofea.

“Alhamdulillah, dari zaman awak AF lagi selalu tengok ibu sentiasa sokong awak. Cantiknya dia,” tambah @aeiounis.

“Betul bro doa kat sana memang dimakbulkan kalau hati ikhlas. Malaikat terus angkat doa,” tulis @MohdFikriEman.

 

 

Sumber: Gempak,  Ig @sharulkamal_

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*