“Sendiri Tukang Jahit Pun Tak Boleh Nak Design Ke?”- Aishah Kecewa Idea Perniagaan Ditiru

Penyanyi Aishah be4ng apabila ada pihak cuba hendak meniru idea produk perniagaannya iaitu penyambung topeng muka atau ‘face mask extender’.

Menurut Aishah bukan mudah untuk dia menghasilkan produk itu kerana ia mengambil masa yang lama dalam membuat percubaan penghasilannya sehingga ia sempurna.

“Kadang-kadang saya peliklah,kenapa di Malaysia ni ramai kaki c1plak. Tak boleh tengok design orang lain,tanpa segan silu boleh tanya mana kita beli bahan kita.

“Dari dulu saya tak faham betul perangai orang macam ni,ada akal fikiran,gunalah untuk  develop product sendiri.

“Walaupun saya bukanlah nak buat business sangat tapi saya ambil masa untuk develop design ini.

Untuk setiap karya yang saya buat ada yang tak menjadi dan akhirnya ke tong sampah lebih banyak kerana experiment yang tak menjadi.

”Ger4m betul bila orang senang-senang nak ciplak,tak ada hormat langsung pada ciptaan orang.“Sendiri tukang jahit pun tak boleh nak design ke?.

It is frustrating bila berdepan dengan orang-orang macam ni,” katanya.

Tambah Aishah lagi, dulu dia pernah berdepan dengan perkara yang sama dan kini lebih berhati-hati.

“Dulu pernah orang datang rumah saya c1plak design salah satu bahan untuk buku saya. Siap masuk pertandingan guna design saya (menang pulak tu!).

Hadoiii memang tak dijemput datang rumah lagilah gamaknya.

“Pernah juga ada kenalan yang saya perhatikan sentiasa tiap kali saya buat sesuatu kraf dan upload di media sosial, dua tiga nari hari kemudian dia akan buat sesuatu yang hampir sama.

“Mula-mula ingatkan kebetulan tetapi lama kelamaan memang dah seketul-seketul ditirunya. Orang macam ni tak ada keyakinan dalam diri sendiri untuk berkarya ,ataupun saja malas untuk berfikir,senang nak main ciplak je.

“Memang lah,tak banyak design yang kita boleh kata betul-betul unik kita punya,mesti kita dapat inspirasi dari mana- mana,tapi sebagai inspirasi saja. Come onlah,developlah produk sendiri jangan nak cari jalan mudah nak main ciplak saja!” Tegasnya.Aishah meluahkan rasa kecewanya itu menerusi laman instagram miliknya.

Perkongsiannya itu telah mencur1 perhatian para pengikutnya.

Sumber: Gempak, Ig @aishahjmm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*