Setiap wanita pasti mengimpikan tubuh badan yang langsing dan kurus. Tapi ia bukanlah perkara yang mudah untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Bagi gadis berusia 24 tahun ini, dia berbangga kerana berjaya menurunkan berat badan sebanyak 46kg dalam masa setahun.
Kisah Afiqah Nadhirah mendapat perhatian di laman sosial Twitter apabila dia berkongsi foto sebelum dan selepas penurunan berat badan.
Perjalanan sihat Nadhirah bermula pada tahun 2019 apabila beratnya menjangkau 110kg dan pernah mencecah sehingga 120kg pada tahun 2018.
are yall tired of seeing my face yet?
pic.twitter.com/EZ8C8j2v2F — Nadhirah (@butterchikin) May 27, 2020
“Tak plan pun nak kurus. Waktu tu saya baru putuskan hubungan dan tak ada selera makan. Lepastu baru saya bertekad untuk turunkan berat badan dengan cara yang sihat. Bulan Ramadan saya mula eat clean dan pergi gim. Secara keseluruhannya makan masa setahun juga. start bulan puasa tu I mula eat clean.
“Lagi satu motivasi kurus saya adalah saya nak nampak cantik. Saya suka dress up, pakai cantik-cantik. Jadi saya selalu bayangkan saya pakai baju cantik dan akan sedih kalau baju tu takde saiz saya atau saya tak cukup keyakinan sebab waktu tu saya plus size.
“Saya tahu ramai gadis plus size di luar sana yang cantik dan berkeyakinan tinggi. Masa tu saya cemburu juga tengok sebab saya tak ada keyakinan seperti mereka. Tapi suka tengok mereka pakai baju cantik-cantik. Lepas saya mula komited untuk turunkan berat badan dengan amalkan bersenam dan eat clean, benda ni dah jadi sebahagian daripada gaya hidup yang saya suka,” kata Nadhirah kepada Gempak.
Menceritakan diet sihat yang diamalkan, Nadihrah bermula dengan diet Keto dan tidak mengambil sebarang karbohidrat dalam pemakanan.
“Selain tu, saya cuba banyak jenis diet sepanjang perjalanan kurus ni untuk lihat mana yang paling berkesan sekali. Sekarang saya makan dalam 3-4 kali sehari. Saya jarang makan nasi tapi saya tak halang pun sesiapa yang nak makan nasi. Setiap kumpulan makanan penting cumanya anda kena ambil yang sihat.
“Sarapan selalunya saya makan rolled oats dengan buah pisang atau beri. Lepas workout saya selalunya akan makan pisang dan mentega kacang satu sudu sebagai snek. Makan tengah hari bergantung pada mood, ada hari saya makan salad dengan dada ayam, telur dan tempeh atau pizza sihat guna wrap. Waktu cheat day saya selalu teringin benda manis! Tapi kadang cheat day la saya makan nasi terutamanya nasi lemak,” kongsi Nadhirah.
Nadhirah juga bersyukur dikelilingi orang yang sentiasa berfikiran positif sepanjang proses penurunan berat badan.
“Keluarga memang dah seumur hidup tengok saya berbadan besar, tapi mak paling terkejut. Sampai sekarang saya bekerja di Kuala Lumpur, mak selalu risau bila saya hantar gambar. Dia selalu risau saya tak cukup makan. Adik beradik memang bangga tengok perubahan siap tanya tips juga macam mana nak kuruskan badan.
“Kawan baik pun sampai sekarang tak sangka yang saya dah turun berat badan. Kadang-kadang diorang selalu mengusik hantar gambar lama-lama, saja throwback masa saya overweight. Bagi saya penting kita dikelilingi dengan orang yang memberikan sokongan sebab perjalanan ni susah. Walaupun susah, kita boleh laluinya bila ada sistem sokongan yang beri motivasi,” jelas Nadhirah lagi.
Tidak menyangka perkongsiannya di Twitter tular, Nadhirah berharap kisahnya boleh menjadi inspirasi kepada mereka ingin turunkan berat badan. Bagi mereka yang sedang berjuang menurunkan berat badan, Nadhirah nasihatkan anda semua agar jangan menyeksa diri dan jangan sesekali ambil jalan pintas seperti pil kurus.
“Nikmati perjalanan ni. Memang payah sebab anda akan berasa lapar, penat, berat tak turun seperti yang diharapkan dan ada waktunya kita hilang motivasi diri.
“Terus konsisten tapi jangan bandingkan perjalanan anda dengan orang lain. Fokuslah pada diri sendiri dan jangan putus asa. Yang paling penting, jangan lupa raikan setiap pencapaian. Saya ucapkan selamat berjaya kepada mereka yang mahu mulakan perjalanan sihat ini,” kata Nadhirah di sebagai penutup.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply