“Happy Fathers Day” – Radin Sebak Kenang Pemergian Bapa

Ahad, 21 Jun merupakan sambutan Hari Bapa. Bagi mereka yang sudah tiada bapa pasti merasa sebak tibanya hari tersebut. Perkara itu turut diakui penyampai radio dan pengacara, Radin dimana setiap kali tibanya sambutan Hari Bapa setiap tahun dia pasti merasa sebak.

Cerita Radin lagi, dia amat merindui arw4h bapanya, Allahyarham Ahmad Aruani Ikhsan yang telah men1nggal dunia sepuluh tahun yang lalu.

“Sejujurnya, tarikh hari ini (semalam) aku agak sedih sebab rindu nak ucap ‘Happy Fathers Day’ sejak arw4h ayah pergi 18 Oktober 2010.

“Sejak hari itu, wajah inilah (ibunya) ayah dan mama untuk kami adik-beradik. Arw4h ayah pernah pesan, bila masih ada jaga elok-elok, sebab nanti bila dah takda, korang bukan hilang mak ayah korang saja, paling berharga korang hilang doa dari seorang ayah atau ibu,” tulisnya menerusi Instagram Story.
Dalam perkongsian sama, Radin turut meletakkan foto bersama ibunya.


Di penghujung ayat, Radin tetap mendedikasikan ucapan Hari Bapa buat Allahyarham.

“Happy Fathers Day, Haji Ahmad Aruani Bin Haji Ikhsan, kami sayang ayah,” tulisnya.

 

Sumber: Ig @radin_era

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*