Penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani dan Ekin telah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 8 tahun.
Terdahulu, Ekin mendedahkan dia pernah dif1tnah serta dilabel sebagai seorang ‘kaki k1kis’ serta ‘kaki bomo0h’ oleh netizen selepas berkahwin dengan Mawi yang merupakan juara Akademi Fantasia 3 (AF3).
Namun begitu, setelah 12 tahun pasangan ini hidup bersama lain pula yang jadinya.
Kata Mawi, isterinya itu bukan suka meminta-minta sebaliknya pandai mencari wang sendiri dengan berniaga.
“Svmpah tak ada niat nak menunjuk-nunjuk pun gais. Cuma nak hargai peng0rbanan dia. Dah terlalu banyak dia berk0rban untuk aku. Dia tak pernah pun nak paksa aku atau minta duit setiap bulan.
“Malah dia sendiri pandai cari duit. Dia tak mengharapkan aku sepenuhnya. Alhamdulillah… semoga perniagaan dia terus berjaya dan diberkati tuhan,” kata Mawi.
Mawi memuji isterinya itu menerusi posting di Instagram ketika berkongsi video kejutan sempena sambutan Hari Bapa pada Ahad.
Berdasarkan video itu, Ekin menghadiahkan Mawi sebuah kamera jenama Canon lengkap dengan aksesori.
Dalam pada itu penyampai radio Zayan FM ini secara berseloroh menyingkap kembali keperitan yang terpaksa dihadapi Ekin ketika mereka mula berkahwin.
“Dulu ramai yang kata dia ni akan kik1s duit aku sampai aku tinggal spender. Tapi berlaku sebaiknya… aku yang kik1s duit dia. Terima kasih sayang,” ujarnya.
Perkongsiannya itu telah mencur1 perhatian warganet, rata-rata mereka meluahkan rasa gembira dan terharu melihat kebahagian pasangan itu yang boleh dijadikan inspirasi untuk suami isteri yang lain.
Sumber: Mstar, Ig @cahayaasmawi
Leave a Reply Cancel reply