Tiga Kali Buat Pemeriksaan Baru Tau Hamil – Mawar Rashid

Aktres Mawar Rashid telah mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu.

Terdahulu, Mawar telah mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak kedua menerusi akaun Instagramnya.

Mawar menyatakan pada awalnya dia tidak menyedari sedang berbadan dua walaupun tidak datang bulan.

Kata Mawar, dia mengetahui tentang kehamilan ini selepas dia dan suami bertemu dengan pakar Ginekologi (Gynaecology) pada minggu lepas.

“Saya dapat tahu tengah berbadan dua ni masa minggu lepas. Mula-mula saya ingatkan period tak datang disebabkan hormon. Lepastu saya pergi buat pemeriksaan, keputusan dia negatif. Saya buat juga ujian kehamilan (pregnancy test) masih sama juga.

“Jadi saya anggap tak hamil. Dalam masa yang sama, saya risau memikirkan kenapa period saya tak datang. Dengan asyik rasa nak mvntah ja selama dua minggu.

“Lepastu suami ajak berjumpa dengan gynae sebab risau hormon saya bermasalah. Dekat situ la saya tau tengah hamil. Dah besar pun baby, saya yang tak perasan,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, pelakon drama TQ Captain berkata proses kehamilan kali kedua ini sangat berbeza dengan anak pertamanya iaitu Raden Muhammad Rafael.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid sentiasa berasa mval dan hanya makan makanan yang tertentu dalam kuantiti yang sedikit.

“Masa kehamilan pertama tak macam ni, yang kedua ini benar-benar bertent4ngan.

“Bila a1ahan ni dia boleh ja makan cuma memilih sikit. Makan benda yang rasa nak makan ja. Kalau makan pun dalam kuantiti yang sikit.

“Dia rasa nak mvntah ja itu yang lemah satu badan. Saya dengan bau masih okey lagi cuma rasa mval sepanjang masa,” katanya lagi.

Isteri kepada adik penyanyi dan cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob ini turut mendedahkan anak lelakinya berubah menjadi terlebih manja dan sentiasa inginkan perhatian.

“Saya dah bagitau Rafael yang dalam perut ni ada adik. Dia macam faham. Dia c1um perut saya.

“Bila dah tau ja dia akan ada adik jadi terlebih manja sekarang ini. Nak sentiasa didukung tapi saya kena kurangkan la sekarang. Tak lama lagi nak jadi abang tu yang sentiasa nak perhatian,” kata Mawar.

 

Sumber: Gempak, Ig @mawarashid

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*