“Suami Teruja Bila Dapat Tahu Kembar Tapi…”- Nadya Syahera Reda ‘Kehilangan’ Anak Kembar

Pelakon Nadya Syahera akui reda apabila bayi kembar dalam kandungannya kegugvran.

Menurut Nadya mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

“Saya reda sahaja mungkin belum rezeki kami untuk dapat anak kembar.


“Saya pun rasa ada hikmah dengan apa yang berlaku. Allah mungkin mahu kami fokus membesarkan dua orang anak kami dahulu.

“Sekarang ni saya perlu berehat selepas doktor mencuci kandungan dan memberikan vbat b1us ketika proses cucian tadi,” katanya.

Nadya dihubungi Gempak selepas suaminya mengesahkan dia kegvguran bayi kembar semalam.

Menceritakan kembali saat mendapat berita hamil kembar, Nadya berkata suaminya, Fizul Nawi adalah orang yang paling teruja.

“Sebenarnya pertama kali buat pemeriksaan di klinik lagi doktor sudah beritahu saya hamil kembar tetapi kandungan dilihat tidak sempurna dan sihat.

“Doktor beritahu satu kantung nampak seperti sudah ‘b1eeding’ dan satu lagi bentuk kantungnya sudah leper.

“Doktor minta kami datang lagi 2 minggu untuk lihat kembali keadaan kandungan.

“Suami teruja bila dapat tahu bayi kembar kerana dia kata dia teringin sangat nak ada bayi kembar dalam keluarga kami.


“Namun selepas kami periksa kembali selepas itu, doktor mengesahkan kandungan saya tidak dapat diselematkan dan perlu dicuci.

“Suami agak kec3wa tetapi nak buat macam mana dia terpaksa reda dengan ketentuan ini,” katanya lagi.

Nadya dan Fizul berkahwin pada 25 September 2015, ini adalah perkahwinan kedua buat Fizul selepas gaga1 mempertahankan rumah tangga pertamanya.

Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 3, dan Mohamad Dayyan, 2.

 

 

Sumber: Gempak, Foto Ig @nadyasyahera

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*