Pada masa kini, ramai yang suka membeli-belah secara dalam talian atau online kerana ianya lebih mudah dan pantas
Begitupun, pasti ada di antara kita yang pernah tert1pu dengan barang yang dibeli secara online ini. Misalnya, barang yang kita dapat jauh berbeza dengan gambar yang diiklankan.
Boleh jadi ianya salah penjual yang memang menjual dengan niat hendak men1pu, ataupun salah kita sendiri sama ada kita tidak membaca deskripsi yang ada secara terperinci ataupun terlepas pandang komen daripada pembeli-pembeli sebelum ini.
Baru-baru ini, tu1ar di laman sosial kisah seorang lelaki membeli cermin hiasan yang mirip pepatah ‘indah khabar dari rupa’
Menerusi laman Twitter, @Sam_Sawdy atau Daniel telah berkongsikan bagaimana kawannya yang bernama Zahir telah membeli cermin hiasan namun hasil yang dia peroleh tidak seperti yang diinginkan.
Menerusi gambar yang dikongsikan, hasil cermin hiasan berbentuk hexagon yang dibelinya itu apabila disusun membuatkan wajahnya tampak pelik.
Ekoran tidak berpuas hati, pemuda itu terus meninggalkan maklum balas di ruangan komen penjual di dalam talian tersebut yang ternyata telah berjaya menarik perhatian orang ramai.
Rata-rata netizen terhibur dengan komen yang dikeluarkan Zahir
Hasil tinjauan di laman Twitter, ini beberapa reaksi yang ditinggalkan netizen:
Sumber : Says seismik via Soya Lemon
Leave a Reply Cancel reply