Farah Nabilah Terima Tawaran Telemovie Berbanding Drama Masa Hamil, “Tak Boleh Nak Konti Perut Nanti”

Aktres jelita Farah Nabilah, 28, membuat keputusan untuk meneruskan kerjayanya dalam lakonan walaupun kini sedang berbadan dua.

Walaubagaimanapun, Farah memilih untuk melakukan telemovie berbanding drama televisyen.

“Saya masih ingin berlakon kalau ada rezeki. Insya-Allah, kalau dapat tawaran untuk telemovie saya akan terima.

“Drama mungkin saya akan perlahan sikit. Sebab tak boleh nak konti perut nanti,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Pelakon utama drama Titian Cinta itu turut mempunyai perancangan untuk pulang ke kampung bagi memenuhi selera tekak yang menginginkan makanan dari negeri Kelantan.

“Alhamdulillah perjalanan saya sepanjang hamil ini dipermudahkan. Saya takda a1ahan, takda mvntah buat masa sekarang.

“Rasa macam tak percaya pun ada bila tengok bayi dalam pervt saya. Masa buat pemeriksaan tu, timbul perasaan sedih bercampur gembira.

“Kalau takda aral melintang saya akan balik ke kampung ketika sambutan Hari Raya Aidiladha nanti. Banyak sangat senarai makanan di Kelantan yang saya teringin nak makan. Antaranya nasi kerabu, nasi berlauk, kuih akok dan jala emas,” kata Farah.

Ketika ditanya mengenai respon rakan baiknya Izara Aishah, Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin menyatakan doa aktres itu telah termakbul.


“Izara kata doa dia termakbul apabila saya kongsikan berita kehamilan ini. Izara memang nak saya ada bayi terus jadi anak kami sama umur. Boleh play date together nanti,” katanya lagi.

Farah dan Amirul selamat diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara.

Terdahulu, pasangan ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sebelum majlis nikah pada hari yang sama.

Detik perkenalan dua merpati sejoli ini bermula apabila diperkenalkan oleh Izara Aishah tujuh tahun lalu.

 

Sumber : Gempak via Berita Steady Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*