Bakal menyambut kelahiran anak yang pertama, difahamkan kini pelakon Ardel Aryana telah pun dikejarkan ke h0spital kerana sudah tiba masanya untuk bersalin.
Ardel dah nak bersalin
Menerusi perkongsian video di IG suaminya, pelakon, Nadzmi Adhwa, memaparkan Ardel mengalirkan air mata sambil ditenangkan oleh doktor sebelum masuk ke bilik bersalin.
Saya ada kat sebelah kalau nak tarik rambut
Di dalam kapsyennya, Nadzmi berharap urusan melahirkan dipermudahkan dan memohon doa agar isteri dan bayinya berada dalam keadaan selamat.
“Awak kuat saya tahu, semoga Allah merahm4ti awak dan permudahkan semua. Saya ada sebelah nak tarik rambut saya tarik la nanti ya sayang…”
Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan juga para peminat tidak putus berdoa agar Ardel selamat melahirkan bayinya yang pertama.
Sumber: Berita Steady Media
Leave a Reply Cancel reply