“Terima Kasih Isteriku Yang Sedang Sarat” – Rody Kristal

Gitaris kumpulan Kristal, Rody bersyukur dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami kerjayanya.

Rody melahirkan rasa terima kasihnya itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya semalam.

Menurut Rody, dia terpaksa meninggalkan isterinya Niena Azman yang sedang sarat pada hari raya atas tuntutan kerja.

Setelah lapan hari pagi dan malam di program mega raya ria Astro, meninggalkan keluarga sebentar di pagi pertama raya adalah sangat berbeza raya pkpb.

“Bila lepas program je balik kena mandi. Ini adalah kenangan untuk diriku. Terima kasih isteriku yang sedang sarat. Memahami En. Mi mu sebagai penghibur,” coretnya.

Terdahulu, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan  pada 27 April 2018.

Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Adithya Jabbar yang dilahirkan pada 14 Januari 2019.

Terbaru, Niena kini sedang hamil anak kedua.

 

 

Sumber: Gempak, Instagram @rodykristal)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*