“90 Peratus Morning Sickness Dah Tak Ada” – Niena Baharun Turun Berat Badan Mendadak, Kena Alahan Udara Sejuk

Pelakon Datin Niena Baharun memberitahu bahawa alahan yang dialami sepanjang mengandung anak keduanya kini sudah beransur hilang.

Niena atau nama sebenarnya, Amaniena Kamarul Baharun, 27, berkata dia kini juga sudah boleh menikmati makanan seperti biasa selepas mengalami alahan teruk terhadap bau makanan.

“Yeay, 90 peratus morning sickness (alahan akibat mengandung) sudah tak ada. Ni pengalaman pertama kena morning sickness, waktu Adiel dulu memang tak merasa langsung.

“Betullah mak-mak selalu cakap, lain anak lain pengalaman kita dapat. Sekarang mommy dah boleh enjoy! Dah kurang dengan alahan bau, dah boleh mula makan banyak.

“Awal hari itu,tengok makanan kegemaran pun dah rasa mval, apatah lagi nak makan, sampai berat badan turun mendadak,” katanya.


Niena turut berkongsi foto terkininya menerusi satu entri di Instagram.

Begitupun, kata Niena, dia kini mula mengalami alahan kepada udara sejuk.

“Tapi kan, satu alahan ni baru timbul. Alahan dengan udara sejuk. Hmm, boleh bergadvh dengan daddy dia.


“Kadang-kadang datang sikap pentingkan diri daddy nak buka pendingin hawa paling sejuk,” ceritanya.

Niena turut mendoakan agar semua pasangan yang menantikan kehadiran cahaya mata, dikurniakan zuriat yang soleh.

“Jangan putus asa. Sentiasa bersangka baik pada Allah. Semoga doa kita semua dimakbulkan,” kongsinya.

Sebelum ini, pada April lalu, Niena mengumumkan dirinya sedang mengandung anak kedua.

Niena mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Aliff Firdaus Abdul Halim pada 1 Februari 2018.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan anak sulung, Adiel Mikael yang kini menginjak usia dua tahun.

 

Sumber: Gempak, Instagram @nienabaharun.nb

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*