Pos Malaysia Berhad memberi bayangan ketiadaan pembayaran bonus buat kakitangannya tahun ini susulan masalah kewangan yang dihadapi akib4t penular4n wab4k Cov1d-19.
Menurut sumber syarikat itu, pihak pengurusan ketika ini sebaik mungkin sedang cuba memperimbangkan keadaan aliran tunai atau “cash flow”.
“Ketika ini pengurusan ‘cash flow’ syarikat sampai ke tahap harian ketika ini, di mana segala perbelanjaan keluar dirancang sebaik mungkin supaya perkara-perkara seperti gaji tidak terjejas.
“Pada ketika ini, keadaan kewangan, ‘cash flow’ syarikat tidak mengizinkan untuk sebarang bonus.
“Pos Malaysia pasti sentiasa memantau keadaan ‘cash flow’ syarikat, dan akan mengadakan sebarang perubahan sekiranya ada,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
Sebelum ini tu lar di media sosial mengenai seorang posmen yang sed1h dan terduduk ketika hujan selepas selesai menghantar surat apabila dimaklumkan tiada pembayaran bonus buat kakitangan Pos Malaysia tahun ini.
Kesed1han posmen yang tul ar di media sosial itu mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya bersim pati.
Namun, semua maklum bahawa pelbagai sektor ekonomi di negara ini terjejas ketika ini akibat penular4n w4bak Cov1d-19.
Malah, hampir kesemua sektor perniagaan juga terjejas apabila kerajaan terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian v1rus.
Dalam pada itu sumber memaklumkan bahawa tiada pembuangan pekerja akan dilakukan syaraikat itu meskipun berdepan situasi sukar.
“Tiada skim pemisahan sukarela (VSS) ataupun buang pekerja,” katanya lagi.
Malaysiakini difahamkan, Pos Malaysia telah memberi bantuan sebanyak RM250 kepada kira-kira 23,000 kakitangannya sempena bulan Ramadan bagi meringankan beban.
Sumber : Malaysia Kini, HTMPress/Koleksi Viral via Soya Lemon
Leave a Reply Cancel reply