Boleh Ziarah Kubvr, Tapi Tak Digalakkan

KUALA LUMPUR: Aktiviti ziarah kubvr pada Hari Raya dibenarkan tetapi orang ramai dinasihatkan untuk mengelak melakukannya sebagai langkah keselamatan bagi mengurangkan risi ko j4ngk1tan c0v1d-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, setakat ini perkara itu adalah nasihat, bukan la rangan seperti yang disampaikan Ketua Pengarah Kesihatan, semalam.

“Perkara itu tidak dibincangkan hari ini dan kita percaya dalam hal ini terletak kepada disiplin diri dan kawalan kendiri. Buat masa ini tidak perlulah kita bergantung kepada peraturan dan SOP saja, kawalan kendiri itu lebih penting.

“c0v1d-19 ini akan terus berada di sekitar kita, mungkin dalam dua tahun atau lebih. Mungkin kita tidak boleh laksanakan PKPB ini hingga dua tahun, jadi tanpa undang-undang ini pun, rakyat boleh mengawal penyebaran w4b4k dengan mengamalkan kawalan kendiri.

“Kerajaan kini sudah banyak memberikan kelonggaran tetapi kita nasihatkan patuhi SOP dan peraturan yang sudah ditetapkan. Ziarah ku bur ini masih dalam peringkat kita nasihatkan jangan lakukan bukan peraturan,” katanya selepas mesyuarat khas menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

 

 

Sumber : BH Online via Soya Lemon

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*