Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi mendedahkan bahawa dia sudah mempunyai nama buat bayi sulungnya yang dijangka lahir pada September nanti.
Menurut Rizman, 36, puteri sulungnya itu nanti mahu diberikan dengan nama yang menggunakan huruf R diawalan sama seperti namanya sendiri.
“Nama memang dah ada. Kami dah pilih satu nama yang akan diberikan kepada baby kami nanti.
“Disebabkan nama saya pun depannya ada huruf R, jadi, nama anak nanti saya akan letak R jugalah didepannya,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Menurut Rizman, dia mengakui teruja untuk menerima kehadiran ahli baharu dalam keluarganya.
“Apabila dapat anak perempuan ini, teruja lebih sikit. Memang nanti anak saya akan pakai baju-baju yang saya buat sendiri.
“Semua itu kita dah ada perancangan, termasuklah pakaian untuk dipakaikan selepas kelahirannya nanti,” katanya.
Terdahulu, Rizman mendedahkan jantina bayi sulungnya menerusi satu entri di Instagram.
Menurut Rizman, perancangan awal dia mahu mengadakan sebuah majlis bertemakan Bollywood bagi pengumuman jantina anaknya itu, namun terpaksa dilupakan ekoran perintah Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP).
Rizman mendirikan rumah tangga dengan Nurida Suraya, 31, yang juga merupakan seorang ahli perniagaan pada 13 September 2019.
Sumber: Gempak, Ig @rizman.n
Leave a Reply Cancel reply