Muhyiddin Layak Dilantik sebagai PM Ke-8, Titah Agong pada semua Ahli Parlimen

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat dan layak dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8.

Titah Seri Paduka, pada 24 Februari 2020 yang lalu, naratif landskap politik negara telah sekali lagi digegarkan menerusi peletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.

“Sekitar jam 5 petang pada hari yang sama, Beta telah berkenan menerima menghadap yang berhormat Tun Dr Mahathir Mohammad. Dalam pertemuan tersebut, Beta telah meminta yang berhormat Tun Dr Mahathir Mohammad untuk tidak meletak jawatan.

“Namun beliau tetap dengan keputusannya. Oleh yang demikian, Beta bertanggungjawab untuk melantik seorang perdana menteri yang baharu seperti mana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara 43 memberi kuasa budi-bicara kepada beta untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Beta mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan rakyat,” titah Seri Paduka Baginda.

Tuanku bertitah demikian ketika menyampaikan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas pada di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sebelum itu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah tiba di bangunan Parlimen jam 9.55 pagi bagi menghadiri Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas hari ini.

Seri Paduka menyampaikan Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen yang juga sesi Parlimen kali pertama kerajaan Perikatan Nasional yang membentuk kerajaan Mac lalu.

Tiada perbahasan seperti biasa pada sidang kali ini dan dipinda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pada 13 Mei lalu Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof memaklumkan tiada persidangan selepas Titah Diraja bagi sesi ini.

Ia berikutan w4bak C0v1d-19 yang melanda negara yang masih belum reda sepenuhnya.

Muhyiddin Yasin layak dilantik jadi PM

Dalam titah Seri Paduka tersebut, baginda bertitah Tan Sri Muhyiddin Yassin layak dilantik sebagai Perdana Menteri kerana mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, baginda yakin Muhyiddin akan membawa negara mendaki persada kejayaan. Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat, hari ini

Peringatan Al Sultan kepada Ahli ParlimenBaginda bertitah, kemelut politik negara pada Februari lalu tidak boleh dibiarkan berlarutan dan berpanjangan tanpa ada penghujung.

Selain itu, baginda yakin kerajaan akan terus berusaha meminimumkan kesan buruk COV1D-19 kepada rakyat dan negara, pastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat terjamin.

YDP Agong telah melaksanakan tugas dengan saksama dan telus
Al- Sultan turut mengingatkan Ahli Parlimen supaya jangan menyeret negara ke kancah politik sewaktu berdepan COV1D-19.
Dalam pada itu, baginda turut bertitah, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan akan terus dipertahankan, namun penga nut agama lain bebas amalkan agama mereka secara aman.
Menurut baginda Al Sultan lagi, beliau sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya dalam urusan pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan. Titah Seri Paduka, sejurus selepas peletakkan jawatan Dr Mahathir Mohamad, baginda telah mengadakan pertemuan dengan semua ahli parlimen pada 25 dan 26 Februari untuk menilai sokongan dan kepercayaan setiap daripada mereka.
” Sesungguhnya beta sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya selaras dengan konsep Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen yang menjadi tunjang amalan negara kita.” Pada masa sama, beta menghargai kematangan dan kerjasama semua Ahli Dewan dan rakyat yang memainkan peranan dengan penuh berhemah dan beretika sehingga membolehkan beta menggalas amanah ini,” titahnya.

Seri Paduka bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan mesyuarat parlimen ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini.

 

 

Sumber : Sinarharian/News Viral via Berita Steady Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*