Siapa yang tidak gembira memakai baju baharu yang sekian lama sudah menjadi idaman.
Memang tidak dinafikan memakai baju baharu boleh meningkatan keyakinan diri dan aura lebih positif. Namun ada sesuatu yang perlu anda lakukan sebelum memakainya, iaitu cuci terlebih dahulu pakaian yang baharu dibeli itu.
Tidak kira dari mana anda membelinya, secara atas talian, gedung membeli-belah atau pasar malam, hakikatnya anda perlu membasuhnya.
Pakar pembuatan pakaian, Lana Hogue menjelaskan: “Anda perlu membasuh pakaian sebelum memakainya, lebih-lebih lagi ia dipakai di badan dan menyentuh kulit anda.”
Ini kerana ia bukan hanya disebabkan orang lain juga pernah mencuba memakai pakaian yang kamu beli dan kemungkinan terdapat potensi ba haya bahan kimia pada pakaian ketika proses pembuatan.
“Kebanyakan bahan kimia yang digunakan dalam mencelup kain membolehkannya untuk diproses melalui peralatan berputar , sekaligus jadikannya iri tasi kepada kulit,” jelas Hogue.
Kumpul baju yang baharu dibeli dan basuh sebelum dipakai.Bahan-bahan dalam pewarna dan agen anti-mildew yang disembur ke tekstil pakaian berbeza-beza mengikut negara pembuatan dan negara-negara yang berlainan mempunyai undang-undang yang berbeza mengenai penggunaan kimia.Hogue memberitahu, formalin (sejenis bahan organik semula jadi dengan formula CH2O) adalah karsinogen kategori tiga, yang merupakan tahap ba haya yang paling rendah, dan jumlahnya yang sangat kecil buatkan ia tidak akan kekal menjadi an caman untuk tempoh yang lama.
“Tetapi (walaupun kecil) siapa yang mahu terdedah dengan karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kan ser).
“Jadi jika tidak mahu mengambil risik0, eloklah anda membasuhnya terlebih dahulu,” katanya.
Hogue juga mendedahkan antara pakaian yang perlu terus dibasuh sebelum dipakai seperti seluar dalam, baju-T dan pakaian gimnasium bagi mengelakkan sisa peluh atau bahan kimia hinggap ke badan.- Cosmopolitan
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply