K3s dua beradik yang disahkan positif Covid-19 di Perak kelmarin berkemungkinan k3s sporadik.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ujian saringan yang dilakukan mendapati mereka positif wa bak itu meskipun kedua-dua mang sa duduk di rumah selama dua bulan.
Dr Noor Hisham berkata, status ujian bahawa kedua-dua adik beradik itu positif hanya diketahui sebaik mereka menjalani ujian saringan sebelum kembali bekerja.
“Kalau kita lihat (k3s) yang telah dikenal pasti ini mungkin k3s sporadik. Kalau dapat kesan sebab dia (kedua-dua beradik itu) menjalankan ujian sebelum mereka kembali bekerja.
“Jadi kepatuhan kilang itu atau individu berkenaan yang menjalankan saringan adalah baik sebab kita dapat kenal pasti k3s-k3s sporadik.
“K3s sporadik (di Malaysia) tidak ramai dan semakin berkurangan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya baru-baru ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai k3s dua beradik tersebut yang didapati positif Covid-19 meskipun hanya berada di rumah dalam tempoh dua bulan.
Isnin lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua beradik di Perak yang disahkan positif Covid-19.
KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Perak kini sedang menjalankan siasatan berhubung punca dua beradik itu dijang kiti wa bak berkenaan.
Foto: Free Malaysia Today
Sumber: Malaysia Gazette via Gempak
Leave a Reply Cancel reply