Mula Belajar Menjahit Ketika Usia 5 tahun, Kini Nur Afia Berjaya Hasilkan 130 PPE Untuk Frontliner Kesihatan

BAGI pelajar sekolah yang baharu sahaja berusia sembilan tahun, penularan w4bak Cobvid-19 sesuatu yang sukar difahami sepenuhnya.

Namun apa yang pasti, Nur Afia Qistina Zamzuri tahu ia berbahaya!

Oleh sebab itu, ketika dia mendengar bahawa sebuah h0spital mencari sukarelawan untuk menjahit peralatan perlindungan diri (PPE), dia terpanggil untuk menghulurkan bantuan.

“Saya rasa bimbang, jadi saya beritahu ibu saya mahu menolong,” katanya ditemui Reuters di rumahnya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Nur Afia menggunakan waktu lapang untuk menjahit PPE.

Nur Afia, yang belajar menjahit sejak usianya lima tahun, mampu menghasilkan empat helai PPE sehari pada waktu senggang selepas menghadiri kelas dalam talian berikutan semua sekolah ditutup sementara ketika ini.

Malaysia yang sehingga pertengahan April mencatatkan jumlah k3sC0v1d-19 tertinggi di Asia Tenggara iaitu lebih 6,000 j4ngkitan, serta kem4tian melebihi 100.

Bagi membendung penularan w4bak itu, kerajaan telah memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu sebelum digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 12 Mei hingga 9 Jun depan bagi membendung penul4ran C0v1d-19.

Sementara itu, Nur Afia memberitahu dia telah berjaya menghasilkan 130 gaun PPE untuk dua h0spital berdekatan sejak Mac lalu dan sedang menyiapkan 60 helai lagi.

Siap… Nur Afia memeriksa hasi jahitannya agar tiada sebarang masalah.

Meskipun kini bulan Ramadan, namun Nur Afia memberitahu berpuasa tidak menghalangnya untuk terus menyumbang tenaga dan memulakan kerja menjahit selepas waktu bersahur.

Kanak-kanak ini berminat terhadap jahitan setelah memerhatikan ibunya, Hasnah Hud yang juga seorang tukang jahit membuat pakaian pelanggan di rumah mereka.

Apabila kemahiran menjahitnya meningkat, dia mula memperoleh wangnya sendiri dengan menjahit sarung bantal dan membaiki pakaian koyak untuk jiran dan saudara mara.

Sementara itu, Hasnah memberitahu, anak perempuannya itu semakin bermotivasi untuk membantu menghasilkan PPE selepas melihat gambar pekerja kesihatan yang memakai gaun yang dihasilkannya.

“Dia selalu beritahu untuk membantu menolong menjahit PPE sekiranya dia tiada kerja sekolah,” ujarnya.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*