Aktiviti ziarah sehingga seramai 20 orang hanya melibatkan ahli keluarga terdekat, tegas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, apa yang perlu diutamakan adalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“20 orang itu adalah ahli keluarga. Kalau 20 orang, contohnya anak, cucu… jumlah ahli keluarga 20 orang. Apa yang pasti, kita kena ikut SOP Kementerian Kesihatan iaitu penjarakkan sosial.
“Kalau dalam apartment, dah kira confined space (ruang sempit), crowded space (ruang yang sesak). Itu dah me1anggar SOP Kementerian Kesihatan,” katanya pada sidang media, petang Isnin.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai saiz dan ruang rumah masing-masing adalah berbeza yang mungkin menyukarkan penjarakkan sosial melibatkan 20 individu.
Ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa hingga 9 Jun ini.
Menerusi lanjutan PKPB, terdapat kelonggaran untuk menyambut tiga perayaan sepanjang PKPB, iaitu Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai dengan membenarkan aktiviti ziarah jiran terdekat dan keluarga dalam negeri yang sama, dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa.
Dr Noor Hisham berkata, penjarakkan sosial perlu dilakukan ketika aktiviti ziarah di rumah dalam kalangan ahli keluarga.
“Pastikan penjarakkan, pastikan kita lindungi warga emas. Jadi tak ada salam-salam, cium-cium. Pastikan penjarakkan satu meter.
“Sebelum masuk rumah, amalkan cuci tangan dengan sabun atau guna hand sanitizer (cecair pembasmi kuman).
“Nombor itu adalah ahli keluarga bergantung kepada rumah kita. Kalau apartment kita kecil, kita bukan kata 20 orang, bagaimana kita kena lihat dari segi lawatan dan kedudukan.
“Kita tidak menggalakkan perhimpunan atau pelawat datang ke rumah, tetapi ini adalah ahli keluarga,” katanya.
Beliau turut menasihatkan semua pihak agar melindungi warga emas kerana mereka merupakan golongan berisik0 tinggi, yang mana mencatatkan bilangan kes tertinggi akibat Covid-19.
“Walaupun ahli keluarga, pastikan kita lindungi ibu bapa, datuk dan nenek kita. Jumlah kema tian setakat ini bagi 60 tahun ke atas melebihi 50 peratus,” katanya sambil menambah jumlah kema tian akibat penya kit kr0nik melebihi 85 peratus.
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply