Terkenal dengan lagu-lagu berunsur cinta, penyanyi Datin Alyah pada Isnin meluahkan rasa menye sal kerana memberi pengaruh itu kepada peminat-peminatnya.
Alyah, 39, berkata, lagu-lagu yang pernah dinyanyikan sebelum ini hanya membuatkan pendengar menitiskan air mata kerana manusia tapi bukan kepada Allah.
“20 tahun saya berjalan sebagai seorang penyanyi, saya menyanyi lagu cinta, lagu seng sara, lagu se dih, lagu cvrang, lagu ke cewa. Kebanyakan lagu-lagu saya semua berunsur cinta kepada manusia.
“Di bulan Ramadan yang mulia ini saya ingin memohon kemaafan atas pengaruh yang saya bawa selama ini. Nyanyian saya menitiskan air mata kamu dan menitis kerana kasih pada manusia bukan kerana kasih pada Allah SWT, para Rasul, mahupun para ilmuan agama,” kongsi Alyah.
Dalam pada itu, Alyah membuat keputusan untuk berhenti merakamkan lagu-lagu berkaitan kisah cinta dan memohon maaf atas kekhilafannya selama mengejar populariti sebagai seorang penyanyi.
“Bersalahnya saya pada kamu dan berdosanya saya pada kamu. Saya mohon ampun atas kekhilafan saya selama ini dalam mengejar populariti.
“Sayalah yang berdo sa, saya juga amat naif dan sayalah yang bersalah. Mulai saat ini saya tidak akan merakamkan lagi apa-apa lagu cinta terhadap manusia, lagu buat kekasih yang akan membuatkan kamu terbuai dan lupa pada yang Maha Pencipta.
“Mohon maaf atas keputusan ini. Selamat berpuasa semua,” jelasnya.
Sumber: Mstar, Ig
Leave a Reply Cancel reply