“Kawasan Mana Tu? Bagi Alamat” – Rupanya Hayati Yang Bagitahu Ebit Lew Tentang Rumah Ini

Ustaz Ebit Lew bersama pasukannya telah meninjau sebuah rumah usang yang terletak di Kampung Sri Damai Kuantan. Sebaik tiba di sana, dia turut bersimpati dan sayu hatinya apabila melihat keadaan penginapan keluarga tersebut.

Terdahulu, personaliti media sosial iaitu Nur Hayati Tahir menghantar mesej melalui DM Instagram kepada Ustaz Ebit Lew menceritakan kesusahan sebuah keluarga di Kuantan. Keluarga yang terdiri daripada seorang ibu dan empat anak kecil itu terpaksa menjalani kehidupan tanpa bekalan elektrik dan air.

Buang air pun di dalam semak saja

Hayati Tahir sebelum ini memuatnaik foto keadaan rumah keluarga tersebut di laman Instagram dan keratan mesej yang telah dihantar ke Ustaz Ebit Lew. Keluarga tersebut menetap di Kampung Sri Damai Kuantan itu menjalani kehidupan tanpa bekalan air dan elektrik selama 3 tahun. Malah, keluarga ini terpaksa buang air di kawasan semak ekoran tiada tandas di rumah mereka.

‘Kawasan tu di mana?’

Setelah terima DM tersebut, Ebit Lew segera minta alamat lokasi rumah berkenaan.

Saya nekad nak carikan rumah

Pendakwah bebas itu segera ke lokasi keluarga berkenaan untuk meninjau keadaan sebenar. Setiba sahaja di sana, Ustaz Ebit Lew menangis teresak-esak dan bersimpati terkenangkan nasib keluarga ini. Tambahan pula, keempat-empat orang anak ini tidak bersekolah dan kad pengenalan diri juga tidak berdaftar.

Namun bagaimanapun, Ustaz Ebit Lew bernekad mencarikan sebuah rumah untuk keluarga ini setelah mendengar luahan yang dikongsi si ibu. Anak-anak juga akan dihantar ke madrasah atau mana-mana asrama yang sesuai.

Jangan persoalkan tanggungjawab siapa

 

 

Tambahan, dia menyifatkan tindakannya memaklumkan tentang keadaan keluarga tersebut adalah untuk membantu meringankan beban. Malah, dia juga memohon agar masyarakat tidak melihat perkara ini dari sudut negatif. Dia juga berterima kasih kepada Ustaz Ebit Lew kerana segera mengambil inisiatif bantu keluarga berkenaan.


Sumber : Nurhayatitahir, Ebitlew via Soya Lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*