Setiap hari pada petang, kelibat lelaki berjaket hitam yang tertera perkataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi individu dinanti-nantikan rakyat Malaysia bagi mengetahui perkembangan terkini pandemik Covi1d-19 negara ini.
Pastinya beliau adalah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dianggap antara orang terpenting di Malaysia dalam menangani pandemik itu.
Setiap kali diumumkan j4ngk1tan kes baharu menurun memberi satu kelegaan buat semua dan sebaliknya jika kes meningkat mendatangkan kegu saran.
Selepas lima bulan bekerja tanpa henti dan ‘bersilat’ ketika menjawab soalan wartawan setiap hari, akhirnya hari ini beliau diberi cuti oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) daripada membuat sidang media.
Pihak media dimaklumkan hari ini bahawa sidang media KKM bagi perkembangan terkini Covi1d-19 dibatalkan.
Bagaimanapun, KKM akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkembangan terbaru itu pada 4.30 petang hari ini.
Media dimaklumkan bahawa Dr Noor Hisham diberi cuti oleh PMO daripada melakukan sidang media hari ini, bagaimanapun tugas lain masih berjalan seperti biasa.
Dalam kekac4uan yang melanda negara ini, terdapat satu figura yang sentiasa kelihatan tenang dalam cuba mengawal situasi ini dengan sebaik mungkin.
Hampir setiap hari pada sebelah petang, beliau akan membuat sidang media bagi memaklumkan bukan sahaja kepada para wartawan, tetapi seluruh rakyat dalam negara tentang kemaskini kes wab4k Cov1id-19 yang sedang berlaku di tanah air.
Segala penerangan dan jawapan yang disampaikan disusun dengan teratur, jelas, serta berhemah membuatkan ianya mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.
Bukan itu sahaja, kadang kala dalam sidang media yang diadakan itu, beliau turut akan menyertakan sekali beberapa nasihat dan panduan yang perlu diikuti rakyat jelata bagi membendung masalah wab4k ini daripada terus merebak.
Beliau yang dimaksudkan itu adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Sumber: Soya Lemon
Leave a Reply Cancel reply