“Ziarah Aidilfitri Tidak Dibenarkan” – Ismail Sabri

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ziarah hari raya Aidilfitri tidak dibenarkan buat masa sekarang.

Katanya, pergerakan untuk hari raya antara daerah masih tidak dibenarkan kerana ia masih disenaraikan dalam perkara yang dila rang.

“Kerajaan memang membenarkan pergerakan tanpa had masa antara daerah tetapi ziarah untuk hari raya masih tidak dibenarkan.

“Tetapi tidak semua pergerakan dibenarkan pada masa ini, begitu juga aktiviti sosial dan sukan.

“Seperti diumumkan Perdana Menteri pulang ke kampung untuk berhari raya tidak dibenarkan,” katanya.

Dalam perkembangan yang lain, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan menasihatkan orang ramai meneruskan kawalan kendiri walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) memberi banyak kelonggaran pergerakan.

Katanya, disiplin dan tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat adalah terletak di tangan kita sendiri.
“Undang-undang boleh tetapkan apa saja tetapi ia terpulang kepada kita hendak patuhi undang-undang itu atau tidak. Sekarang pun ramai yang melang gar peraturan.
“Sebenarnya tanpa undang-undang pun kita boleh selamatkan diri kita sendiri. Saya suka memberi contoh seperti Taiwan, negara itu tidak pernah melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan rakyatnya tetapi menjadi negara yang paling rendah di dunia direkodkan dalam kes COVID-19 dengan enam kema tian sahaja,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai kebenaran untuk solat Jumaat dan tarawih di surau dan masjid, katanya setakat ini, belum lagi diputuskan sebarang keputusan mengenainya.
“Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal agama ada membentangkan cadangan tetapi kita belum putuskan apa-apa keputusan mengenainya. Mungkin kita akan bincangkan lebih lanjut di dalam mesyuarat Kabinet.
“Cadangan itu bagaimanapun bukan mahu dilaksana dalam waktu terdekat. Jika mahu dilaksanakan pun seminggu atau dua minggu lagi. Saya kira adalah lebih baik menteri yang berkenaan mengulas mengenainya,” katanya.

 

Foto: Google

Sumber: BH Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*