Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan lebih sebulan yang lalu sedikit sebanyak memberi kesan kepada sebilangan besar rakyat di negara ini, terutamanya dari segi sumber pendapatan.
Para peniaga turut terkena tempias apabila operasi perniagaan terpaksa dihentikan buat seketika.
Tidak terkecuali bagi gadis ini yang mengusahakan sebuah kedai merchandise yang menjual hasil kerja seninya secara kecil-kecilan.
Bagaimanapun, dia tidak mahu situasi tersebut dijadikan sebagai alasan untuk duduk sahaja di rumah tanpa melakukan apa-apa.
Sebaliknya tempoh duduk di rumah itu digunakan sebaiknya untuk berkarya dan mempromosikannya di laman sosial.
Siapa sangka, idea kreatif gadis ini menghasilkan sampul duit raya menggunakan ‘design’ yang ‘familiar’ dengan kehidupan seharian masyarakat membuahkan hasil.
Perkongsian Izzati mengenai lakaran unik sampul duit raya menjadi tu lar di Twitter.
Berkongsi cerita dengan mStar, Izzati Suza ini berkata, idea ‘design’ sampul raya itu tercetus apabila dia mahu melakar sesuatu yang unik sesuai dengan situasi semasa.
“Sebetulnya sejak tahun lepas saya sudah keluarkan design untuk sampul duit raya. Tahun ini adalah tahun kedua. Tapi nak buat design tema raya, macam ‘tak berapa nak raya’ sangat pula.
“Kebetulan masa awal PKP vi ral tentang roti Gardenia… masa itu ramai yang mencari-cari dan berebut nak beli. Jadi saya terfikir, macam mana nak lukis design roti itu dan masukkan sekali mesej.
“Saya cuba nak sesuaikan design dan mesej dengan tema PKP. Bila dah buat, saya kongsi di Twitter. Tak sangka pula ramai retweet dan berminat nak beli. Saya ingat design tu pe lik, tapi rupa-rupanya ramai yang suka,” kata gadis berusia 25 tahun ini.
Tampil dengan lima corak yang unik, antaranya roti Gardenia, gula-gula, kek lapis dan balm gosok, sampul duit raya hasil kreativiti gadis ini mendapat sambutan yang luar biasa sehingga dia terpaksa membuka tempahan awal (pre-order).
“Alhamdulillah, syukur di atas rezeki ini. Mungkin waktu PKP ini agaknya orang ada masa untuk menikmati art saya,” ujar anak bongsu daripada tiga beradik ini lagi.
Perkongsian gadis ini di Twitter sehingga kini meraih lebih daripada 10,000 retweet dan 12,000 like selain dibanjiri dengan komen positif netizen yang kagum dengan kreativitinya.
Menurut Izzati, dia sudah menceburkan diri dalam perniagaan merchandise sejak dua tahun lalu dan mempunyai sebuah studio yang terletak di Ayer Keroh, Melaka.
Antara barangan yang dijual termasuklah sarung (casing) telefon bimbit, tote bag, t-shirt, magnet peti sejuk, buku nota dan pelbagai lagi yang kesemuanya mendapat sentuhan hasil tangannya sendiri.
“Sebetulnya, saya bukan graduan bidang seni. Sebaliknya saya belajar jurusan seni bina namun sempat dua tahun sahaja kerana saya ambil keputusan untuk berhenti dan jaga ayah yang terlibat dalam kema langan jalan raya pada 2015.
“Sepanjang saya menjaganya, saya isi masa dengan menulis, melukis, jual sticker. Itulah permulaan kepada apa yang saya lakukan sekarang. Bagaimanapun, ayah mening gal du nia dua tahun kemudian, ” ceritanya.
Siapa sangka, keunikan hasil lakaran gadis ini menarik perhatian beberapa pihak yang ‘melamarnya’ untuk berkolaborasi bagi melakar corak untuk produk mereka.
Gadis ini juga sering terlibat dalam projek melukis mural.
“Salah satunya kedai gajet Jonker Casing House (JCH) di mana saya terlibat menghasilkan design untuk casing telefon bimbit, kotak dan juga mural di kedai mereka. Saya masih berkolaborasi dengan mereka hingga sekarang, ” katanya.
Gembira dengan apa yang diusahakannya sekarang, Izzati dalam masa yang sama meluahkan rasa syukur apabila ramai yang menghargai karya seninya.
“Saya bertuah apabila mendapat sokongan daripada ibu dan adik beradik lain. Buat masa ini, saya mahu menimba lebih banyak pengalaman. Melihatkan sambutan yang positif, mungkin penghasilan sampul raya ini akan diteruskan ke tahun-tahun akan datang,” ujarnya.
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply