Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mungkin akan ditam4tkan lebih awal sekiranya semua pihak mengambil tanggungjawab untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Menerusi Astro Awani, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, amalan kawalan kendiri yang tinggi dapat memastikan rantaian jangk1tan COV1D-19 dapat diputuskan.
“Kerajaan ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada orang ramai atas kawalan kendiri dalam mematuhi SOP yang ditetapkan dan berharap dapat diteruskan sepanjang masa bagi memastikan rantaian j4ngkitan COV1D-19 dapat diputuskan.
“Jika semua dapat patuhi SOP ini dan semua mengawal secara kendiri saya yakin PKPB ini mungkin kita dapat tamatkan lebih awal daripada apa yang kita jangkakan,” katanya.
Ismail Sabri menambah, pelaksanaan PKPB yang bermula semalam dilihat terkawal dan hampir semua SOP dipatuhi semua pihak.
“Jangkaan (sesetengah pihak) bahawa premis-premis perniagaan akan sesak dan tiada pematuhan SOP seperti penjarakkan sosial jelas mel3set.
“Hasil laporan pemantauan mendapati premis-premis perniagaan mengamalkan SOP yang ditetapkan.
“Tinjauan dalam pengangkutan awam seperti Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) juga mendapati pengguna mengamalkan penjarakan sosial selain memakai topeng hidung dan mulut,” ujarnya.
Sumber : Astro Awani via Gempak via Media Viral
Leave a Reply Cancel reply