Faizal Tahir Dedah Kisah Sebenar Lagu Dirgahayu

Selepas empat tahun diterbitkan, lagu Dirgahayu sebenarnya punyai makna tersendiri di sebalik bait-bait lirik yang ditulis.

Dirgahayu yang dinyanyikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir itu sebenarnya diinspirasikan daripada kisah Nabi Muhammad S.A.W.

Kata Faizal, lagu itu menceritakan tentang kisah sahabat Nabi Muhammad S.A.W, Hanzalah yang m4ti syah1d dalam per4ng Uhud.

“Lagu ini adalah inspirasi dari kisah Hanzalah, sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang m4ti sy4hid dalam per4ng Uhud setelah baru sahaja dinikahkan.

“Nabi tak bagi dia datang supaya Hanzalah dapat bersama isterinya. Tapi dia datang juga. Malaikat mandikan jen4zah dia. Allahuakbar,” dedah Faizal menerusi ruangan Twitternya.

Faizal turut mengulang siar layangan twit milik Artotoise yang menyulam melodi lagu itu bersama ilustrasi menyentvh hati pasangan yang merancang perkahwinan sebelum PKP tetapi terpaksa ditangguhkan.

“Bila dengar lagu Dirgahayu nyanyian Faizal Tahir dan Datuk Seri Siti Nurhaliza ni, terlintas di fikiran kami kepada pasangan-pasangan yang telah merancang perkahwinan sebelum ini terpaksa ditangguh atau dilaksanakan secara online kerana PKP.

“Selamat Pengantin Baru ya!” tulis akaun berkenaan.

Perkongsian Faizal itu membuka mata kebanyakan individu yang selama ini menyanyikan lagu terbabit tanpa mengetahui maksud sebenar lagu itu.

Dirgahayu yang ditulis sendiri oleh Faizal itu pernah menjadi lagu runut drama Lara Aishah dan dimuatkan dalam album studio Faizal, Anatomi.

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*