Penyanyi Aiman Tino atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri yang kini berusia 22 tahun, merupakan anak keempat daripada sebelas orang adik beradik.
10 April lalu, Aiman Tino berkongsi menyambut kedatangan ahli keluarga baru apabila ibunya, Hazelina Mat Jalil melahirkan anak yang kesebelas.
Adik bungsunya itu dinamakan Nina Qalesya bakal menjadi adik terakhir Aiman kerana ibunya dinasihatkan oleh pihak doktor agar tidak lagi hamil atas faktor kesihatan.
“Welcome to the world my new baby sister. Abang Aiman loves you so much.
“Semoga menjadi anak yang solehah dan berjasa pada keluarga satu hari nanti. InshaAllah. Ameen,” tulis Aiman sambil disertakan nama adiknya itu, Nina Qalesya.
Perkongsiannya itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut instagramnya.
Sumber: IG @official_aimantino
Leave a Reply Cancel reply