Aktres dan usahawan berjaya Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta mendedahkan bakat terpendam yang ramai tidak mengetahuinya.
Tambah Che Ta lagi, dia berbakat dalam menjahit baju dan pernah membuka tempahan kepada pelanggan.
“Saya boleh menjahit sebenarnya. Dulu saya pernah ambil upah jahit baju.
“Mummy (ibu Zain) pun pandai jahit. Mummy semua benda dia jahit sendiri,” katanya menerusi temu bual di dalam program realiti, The House musim ketiga (The House 3) episod 3.
The House 3 merupakan program realiti yang bersiaran di Astro Gempak pada tahun 2017.
Selain kisah Che Ta, The House turut memaparkan ragam dan kisah ahli keluarga Che Ta yang lain seperti Zain Saidin sebagai seorang suami yang romantik yang berusaha keras dalam bidang perniagaan yang diceburi serta tiga cahaya mata beliau termasuk Ammar Effendy dan Aniq Ezzra sebagai anak bujang Che Ta daripada perkahwinannya yang terdahulu serta Aaisyah Dhia Rana yang comel yang bijak bergaya.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Astro Gempak akan menayangkan kembali drama siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah.
Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak!
Sumber: Gempak, Ig @rozitachewan1
Leave a Reply Cancel reply