Tak Cukup Peralatan Nak Rekod, Ernie Zakri Teruja Melihat Hasil Kerja Dalam ‘Sentiasa Di Sini’

Penyanyi Ernie Zakri meluahkan rasa teruja sebaik melihat hasil kerjanya yang berjaya merakamkan lagu tribute Sentiasa Di Sini secara sendiri di rumah.

Ini kerana, menurut Ernie, proses rakaman agak mencabar apabila dia perlu merekodkan lagu tersebut tanpa ada peralatan yang lengkap.

“Pertama kali dengar tu, tak tahu macam mana proses rekod. Dengar dulu melodi dia je. Pagi dapat MP3, malam tu saya rekod.


“Saya tak ada peralatan yang lengkap untuk rekod, tapi mereka memudahkan ajar cara-cara nak rekod. Nak rakam kena pakai telefon dan kena ada beberapa telefon.

“Bila tengok hasilnya, gembiranya! Ehh..aku rekod sendiri ni lagu ni,” katanya menerusi satu temu bual bersama Gempak TV.

Ernie merupakan antara 26 artis tempatan yang terlibat dalam penghasilan muzik video lagu tribute Sentiasa Di Sini.

Lagu yang diterbitkan oleh Astro Gempak itu menampilkan Noh Salleh dan AG Coco selaku penulis lirik dan komposer.

Jadi, apa kata jom sama-sama kita layan lagu Sentiasa Di Sini yang didedikasikan khas buat kita semua rakyat Malaysia yang sentiasa cekal dalam berdepan cabaran melawan penularan wabak Covid-19.

Sumber: Gempak, Ig @erniezakri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*