Pengacara Hani Fadzil dan suami, Wan Faiz telah mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2017 dalam sebuah majlis yang berlangsung meriah di sebuah dewan acara terkemuka di Putrajaya.
Terbaharu, selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga, Hani kini disahkan hamil empat bulan.
Berita gembira itu diumumkan Hani menerusi laman instagram miliknya.
“Alhamdullilah syukur. Setelah hampir 3 tahun berkahwin, kami dikurniakan berita gembira seperti ini.
Dalam pada itu, Hani turut berharap agar ramai yang mendoakan keadaan kesihatannya supaya berada dalam keadaan baik sepanjang tempoh sembilan bulan.
“Memasuki bulan keempat kehamilan saya, ini akan memberi banyak makna bagi kami sekiranya anda dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kami,” tulis Hani.
Perkongsian Hani itu mendapat pebagai reaksi daripada pemintanya. Rata-rata peminatnya mengucapkan tahinah kepada Hani dan suami serta tidak sabar mahu menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Sumber: IG @hahanybunch
Leave a Reply Cancel reply