“Malam Ini Paling Bersejarah Dalam Hidup Saya”-Ashraf Muslim

Pelakon Ashraf Muslim tidak mampu men4han seb4k apabila menonton video yang dikirim oleh dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi semasa dia berada di wad Hospital Sungai Buloh, Selangor pada malam Khamis.

Ashraf berkata, dia terkenangkan isteri dan anak-anak di rumah yang tidak dapat bersamanya meraikan kedatangan Ramadan tahun ini.

“Malam ini adalah malam paling bersejarah dalam hidup saya. Pertama solat Tarawih berjemaah di w4d pes4kit cov1d-19 dan kedua dapat kejutan video dari mama dan ibu ni.

“Lepas solat Tarawih pukul 10.30 malam, saya nak makan malam, tengah lapar sebab tak makan petang tadi, jadi tengah makan tangan kiri pun capai handpone nak tengok mesej. Bila buka saja, dapat video ni… Allahuakbar sambil makan tak sedar air mata dah mengalir.

“Aduhai sedih! Tak baiklah buat macam ni dahlah ayah kat w4d… makan pun tak habis terus basuh tangan. Mama ibu dan anak-anak sabar ya, tunggu ayah sikit lagi. InsyaAllah bila semua dah selesai ayah balik ya… love and miss all of you!,” katanya menerusi laman Instagram.

Bersama kapsyen tersebut dia turut memuat naik rakaman video berdurasi dua minit memaparkan gambarnya beserta ucapan isteri dan anak-anak.

 

Pelakon drama Dia Menantu Rahsia ini berkahwin dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah pada 7 Julai 2013.

 

Hasil perkahwinan dengan kedua-dua isterinya, Ashraf dikurniakan empat cahaya mata.

Pada 12 April lalu, Ashraf dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor setelah disahkan pos1tif cov1d-19.

Pelakon ini dipercayai dij4ngkiti v1rus tersebut setelah pulang dari menjalani penggambaran drama di Scotland pada 31 Mac lalu.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*